Hayyu Salam, Zagazig - 3 Nov : Sekali lagi JPMK mengadakan lawatan beramah mesra ke Zagazig. Namun, perjumpaan kali ini lebih merupakan ceramah nasihat & motivasi perangsang kepada mahasiswa-mahasiswa yang sedang menyambut fatrah imtihan. Antara yang hadir, Ust Amri mengiringi Prof Madya Dr Muhd Fauzi Muhamad dan Prof Rahim Md Sail, di mana kedua-dua mereka merupakan professor di universiti tempatan Malaysia.
Prof Madya Dr Muhd Fauzi Muhamad, bekas graduan Mesir,
dalam ucapannya, beliau amat mengharapkan para mahasiswa kini belajar bersungguh-sungguh untuk pulang berkhidmat di tanah air. Beliau sedikit sebanyak memberikan rangsangan minda kepada mahasiswa dengan berkongsi pengalaman beliau semasa belajar dahulu. Beliau membandingkan situasi dahulunya semasa beliau menuntut di Mesir, pelajar lepasan Azhar tidak mendapat tempat (tidak diiktiraf) di Malaysia berbanding sekarang lebih diterima. Malah skop pekerjaan pula, tidak pula tertumpu kepada satu cabang sahaja, malah lebih meluas kini. Bagi beliau, masalah bukan halangan untuk meneruskan pelajaran, kerana beliau pernah belajar di mesir sewaktu peperangan suatu ketika dahulu.
Biodata Khas:
Nama: Prof Madya Dr Muhd Fauzi Muhamad
Tarikh & Tempat Lahir: 24 Sept 1945, Kelantan
Lulusan:
1) B.A. Syariah Wal Qanun - Nilam Puri, 1970
2) M.A. Syariah Wal Qanun - Al-Azhar, 1973
3) Dip. Pendidik - Ain-Shams University, 1974
4) Ph.D. Syariah Wal Qanun - 1975Motto: Usaha Keras Asas Kejayaan
Nama: Prof Rahim Md Sail
Tarikh & Tempat Lahir: 11 Apr 1946, Melaka
Lulusan:
1) Dip. Pertanian - 1969
2) B.Sc Pertanian - University of California, Davis, USA, 1974
3) M Sc Adult & Continuing Education - University of Wisconsin, USA, 19754) Ph.D. Adult & Continuing Education - University of Wisconsin, USA, 1983
Motto: Tiada Jalan Pintas Untuk Mencapai Kejayaan
0 comments:
Post a Comment