HARGAI KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN
SEBELUM DITARIK PIHAK KESELAMATAN
PENGERUSI DPMZ 2007/2008: Iftor di Masjid Mahattah seperti yang dimaklumkan individu ahli, yang tidak mendapat makluman Amnu Daulah akan mendatangkan masalah kepada individu terbabit. Hal ini kerana, perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Pengerusi DPMZ terlebih dahulu untuk makluman Amnu Daulah
Masjid Mahattah@ Masjid Hijau yang terletak berhampiran Umar Affendi yang dimaksudkan di sini merupakan masjid terlarang(masjid Ikhwan Muslimin) semenjak beberapa tahun kebelakangan ini ditegah oleh Amnu Daulah untuk berbuka dan hatta menunaikan solat juga tidak dibenarkan. Bagi individu yang melanggar undang-undangnya akan berhadapan dengan bahaya. Pengerusi DPMZ semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dan sehingga tahun ini, menerangkan kepada Amnu Daulah supaya ahli-ahli dapat ber ' iftor ' di sana, tetapi, amaran tegas dari beliau tidak membenarkan, kecuali Pengerusi DPMZ berada disana dan mengawal kelangsungan program
Tindakan ahli yang membuat keputusan sendiri dalam berprogram, bergerak melibatkan ahli yang ramai, tidak melalui persatuan akan membahayakan diri sendiri dan ahli-ahli yang lain, ini adalah peringatan tegas dari pimpinan DPMZ “tindakan tersebut merupakan tindakan yang dilarang keras sama sekali” kerana mengundang bahaya kepada ahli-ahli yang lain dan ini merupakan keselamatan yang perlu kita pelihara untuk semua. Justeru, saranan kepada seluruh ahli, sebarang tindakan yang melibatkan arab, ahli yang ramai, berprogram, dan apa-apa yang berkaitan, perlaksanaan tersebut wajib dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengerusi DPMZ, demi keselamatan
Makluman seterusnya, buat seluruh Ahli DPMZ, seperti yang tertera di dalam iklan CALON-CALON AJKT yang diedarkan SPR, termaktub Program DPMZ “ Malam iftor jamai’e dan Kempen penamaan Calon AJKT Sesi 2008/2009” anjuran DPMZ dibawah Unit Dakwah & SPR DPMZ sesi ini. Acara malam esok (8 September 2008) bermula dengan iftor jamaie, solat terawikh dan kempen penamaan calon bertempat di Dewan Dar Salam
Berikutan itu, ma'idaturrahman seperti Jamiyyah Khairiah akan dibatalkan esok, serta ma'idaturrahman yang ditawarkan arab telah dibatalkan. Mana-mana ahli yang mendapat jemputan berbuka puasa ditempat arab diharap melaporkan dahulu kepada Pengerusi DPMZ, dan dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan persendirian, ini berkaitan keselamatan dengan Amnu Daulah, tempat yang dimaklumkan oleh pengerusi untuk iftor seperti Masjid Umar(M.Mansurah), Jamiah Khairiah(Qaumiah), Masjid Numursi(Qaumiah) adalah dibenarkan
Iftor di Masjid Mahattah@Masjid Hijau berhampiran Umar Affendi ( masjid yang amat dilarang keras untuk dikunjungi oleh ahli dari Amnu Daulah) akan cuba ditangguhkan kepada hari Selasa , oleh Pengerusi dengan pihak masjid, untuk meminta kebenaran terlebih dahulu, insya’allah sekiranya dibenarkan Amnu Daulah
Sebarang tindakan terutama melibatkan arab perlu dirujuk kepada pengerusi DPMZ terlebih dahulu (undang undang dari Amnu Daulah, berkenaan keselamatan). Segala kerjasama dari ahli amat diharap-harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih
yang berkhidmat
Muhamad Mumtaz Bin Harun
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2007/2008
0 comments:
Post a Comment