Monday, February 9, 2009

Ucapan Pengerusi DPMZ 08/09 : Sedetik Bersama Seabad Terasa

Posted by UPP DPMZ On 10:02 PM No comments

Salam ukhwah dan perjuangan..

Syukur setinggi-tinggi kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan nikmat Islam dan Iman, tanpanya pasti tidak akan mengecapi nikmat ukhwah yang menjadi teras kepada kesatuan kita pada hari ini. Selawat dan salam buat junjungan agung Nabi Muhammad SAW, para sahabat, ahlul bait baginda, serta seluruh para pejuang dan pendokong agama Allah SWT.

Alhamdulillah, baru-baru ini kita baru sahaja selesai program rehlah tarbawi iaitu “Kembara Epik Sinai 09” yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pengalaman dan kenangan yang cukup indah untuk kita abadikan bersama-sama dalam memori ingatan samada Azharian ataupun Tibbian. Tampak jalinan ukhwah yang cukup hebat antara pelajar junior dan senior, Azharian atau Tibbian akan menjadikan ukhwah ini terus mekar mewangi sehingga ke akhirnya. Tahniah buat seluruh adhoc dan perserta program Kembara Epik Sinai 09’.

Sahabat-sahabiah seperjuangan sekelian,

Masa terus berlalu, waktu kian berubah. Begitu juga dengan DPMZ yang sudah 16 tahun bernaung di bawah persatuan induk PMRAM yang menjadi gagasan kebajikan kepada seluruh mahasiswa/wi di seluruh Mesir. Biarlah pimpinan dan pembawakan silih berganti setiap tahun, namun bila ianya didasari Al-Quran dan As-Sunnah, insya-Allah ia akan utuh walau hebat manapun badai dan ujian yang datang.

Sahabat sahabiah yang dirahmati sekelian,

Tingginya ukhwah kita kerana tingginya iman kita, tetapi jika rendah ukhwah kita kerana rendahnya iman kita. Muhasabahlah bersama-sama wahai sahabatku! Ukhwah ini mestilah digarap dengan kita saling hormat-menghormati dan kasih-mengasihi antara satu sama lain bagi menumbuhkan kemesraan yang erat untuk mengelakkan perpecahan dikalangan kita. Perpecahan dikalangan kita adalah virus ukhwah yang mesti dirawat agar ia tidak tumbuh melarat menyebabkan lemahnya kesatuan kita.

Secara tuntasnya, sejajar dengan pembawakan DPMZ pada tahun ini untuk memperkasakan ukhwah, tarbiyah, thaqafah dan ekonomi. Agenda ini mesti didokongi oleh semua ahli DPMZ samada pelajar Azhar dan Perubatan untuk sama-sama kita melahirkan produk ulama dan doktor/ah yang beriman dan bertakwa.

Sahabat sahabiah yang dikasihi sekelian,

Saya mewakili saf kepimpinan AJKT DPMZ 08/09 mengajak seluruh sahabat-sahabat sekelian marilah sama-sama kita mempertingkatkan dan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT serta kita merapatkan saf jemaah kita. Justeru, agenda program yang telah disusun moga-moga akan mempereratkan lagi ikatan ukhwah dikalangan kita. Sama-sama kita meredah ilmu untuk mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. Akhirnya, dimana bumi berpijak disitulah ISLAM dijunjung.

Wallahu A’lam Bissowab

0 comments:

Sahabat