Friday, October 2, 2009

Mahasiswa Mesir Memeriahkan HATI PMRAM Di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah.....

Posted by UPP DPMZ On 9:59 PM No comments



9 Syawal 1430 H bersamaan 28 September 2009 M, program Haflah Aidilfitri PMRAM (HATI ‘09) secara gilang-gemilang  telah selamat beraturcara di bawah anjuran Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM. Ia berlangsung di dataran Hayyu Asyir, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. Program ini dirasmikan oleh Lembaga Penasihat PMRAM Saudara Mohd Juzaili bin Juhan. Program saban tahun yang diadakan ini melibatkan Badan Pengurus PMRAM, BKAN, DPM, serta ahli PMRAM sama ada secara langsung mahu pun tidak. Konsep yang diketengahkan pada tahun ini adalah berkonsepkan taakhi.
Tema haflah pada tahun ini  ialah “Tautan Hati Ukhuwah Terpatri”. Objektif haflah sesuai dengan tema iaitu mewujudkan suasana aidilfitri di perantauan di kalangan ahli, merapatkan lagi ukhuwah dikalangan ahli PMRAM yang berada di bumi Mesir. Moga hati yang terpaut antara hati-hati kita mampu menatijahkan ukhuwah yang berkekalan.
Majlis ini diserikan lagi dengan aturcara pengisian yang menarik pengunjung dan jemputan. Antara agenda yang berjalan pada haflah tersebut adalah penyampaian agihan kepada pelabur-pelabur (Mudharabah), persembahan nasyid, telemovie, rakaman ucapan hari raya dari presiden PMRAM dan persembahan spontan dari Badan Pengurus PMRAM. Temuramah yang dibuat kepada pengarah program tersebut Saudara Meor Mohd Khairul Anuar bin Hairudin serta timbalan pengarah 1, Saudara Mohd Yazid bin Pardi, mereka berharap agar program ini dapat memberi input yang bermakna kepada semua ahli selain dari merapatkan lagi ukhuwah antara mereka. Pengunjung yang hadir menumpukan sepenuh perhatian di atas aturcara yang diberikan oleh pihak penganjur.
Kehadiran pengunjung ke majlis tersebut mencapai tiga ribu orang ahli yang rata-rata datang dari segenap muhafazah sama ada ikhwah mahupun akhawat. Tidak dilupakan kehadiran pelajar perubatan dari Kaherah, Zaqaziq, Tanta, Mansurah dan juga  dari Iskandariah. Haflah ini juga meraikan pelajar baru yang tiba sebelum dan selepas menjelang hari raya. Walaubagaimanapun, kehadiran pejar baru amat menggalakkan dalam majlis ini. Kenikmatan menu yang disediakan oleh setiap zon (BKAN  dan DPM) serta PMRAM merupakan kerjasama yang erat bagi melunasi matlamat kebajikan ahli serta mengelakkan sebarang perpecahan ahli.
Program HATI PMRAM telah pun melabuhkan tirainya pada jam 5 petang. Ia di akhiri dengan ucapan timbalan pengarah 2, Saudari Norhidayah binti Abdul Rahman dan bacaan doa penutup serta kaffaratul majlis.


 
Sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat