Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud,
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah S.W.T, ialah orang yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui."
Insyaallah, bertepatan pada hari Isnin, 2 November 2009 selepas solat Maghrib, akan dilangsungkan program Liqa` Mahabbah yang bertempat di rumah-rumah yang telah pun dijadualkan secara bulanan. Sebagai permulaan, aktiviti ini akan dimulakan terlebih dahulu di rumah penghulu kamsis. Seterusnya akan diikuti oleh rumah-rumah yang telah ditetapkan seperti di dalam jadual.
Antara tujuan utama ianya dijalankan ialah untuk menyahut seruan firman Allah S.W.T seperti yang terdapat diatas, dan dalam masa yang sama semoga kita dapat merapatkan lagi ukhwah islamiah sesama mahasiswa di bumi Zaqaziq ini.
"Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran"
Suratul `Asr, ayat 1-3
JADUAL LIQA` MAHABBAH bulan NOVEMBER
PESANAN :
Sila bawa bersama anda Al-Quran ataupun Surah Yasin.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
USR-DPMZ (2009/2010)
MINGGU PERTAMA | MINGGU KEDUA | MINGGU KETIGA | MINGGU KEEMPAT | |
SALAM | Dr. Fathir | Us. Hamidi | Dr. Hazwan | |
MAUQIF TANTA | Us. Mursyid | Us. Lokman Ramli | Dr. Mazwan | Dr. Faiz Izzuddin |
KAFR ZEND | Us. Azmil | Dr. Nadhar | Dr. Hakimi | Us. Jalal |
QAUMIAH | Us. Anas Kamaruldin | Us. Khairuddin | Dr. Nik Fitri | Us. Naqiuddin |
MAUQIF MANSURAH | Us. Fathi | Us. Khairi | Us. Hirzi | Us. Fakhrul Razi |
0 comments:
Post a Comment