Wednesday, November 18, 2009

Tauzik PMRAM : Mahasiswa Baru Tetap Bersama PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 12:12 PM No comments







Dataran Hayyu 'Asyir, 11 - 14 November - Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru PMRAM 2009 (USMB PMRAM 2009) baru-baru ini menjalankan proses pentauzikan mahasiswa baru ke muhafazah-muhafazah yang telah ditetapkan. Semua mahasiswa telah berjaya dihantar ke setiap muhafazah yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Al-Azhar. Lebih kurang 209 orang mahasiswa baru menyertai proses pentauzikan bersama PMRAM.

Bermula daripada 10 November, proses pentauzikan dimulakan dengan ke muhafazah Mansurah, diikuti oleh muhafazah Damanhur dan Zaqaziq pada 11 November, seterusnya ke muhafazah Dumyat dan Tanta pada 12 November dan akhirnya muhafazah Iskandariah dan Shibin El Kom pada 14 November. Dalam proses pentauzikan tersebut, beberapa wakil daripada barisan kepemimpinan Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM juga menemani para mahasiswa untuk ke muhafazah yang telah ditetapkan.

Proses pentauzikan PMRAM dapat diselesaikan dengan jayanya walaupun bilangan mahasiswa yang menyertai program tauzik tersebut agak ramai. Keberjayaan pentauzikan pada kali ini adalah
daripada kecekapan jawatankuasa kecil yang bertungkus lumus dalam menguruskan perjalanan tauzik mengikut setiap perancangan yang telah ditetapkan. Sejak mula proses pentauzikan dilancarkan, perjalanan untuk pengumpulan barang dilakukan pada awal pagi. Berbanding dengan tahun lepas, pengumpulan barang dilakukan pada malam sebelum hari pentauzikan dilakukan.

Justeru, pihak pengurusan USMB PMRAM melakukan perubahan pada tahun ini dengan menukar gerak kerja pengumpulan barang para mahasiswa baru kecuali barang-barang mahasiswa yang ditauzikkan ke Iskandariah yang dikumpulkan pada malam sebelum proses pentauzikan. Pengarah USMB PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman apabila ditemui, beliau memberitahu bahawa pada tahun ini USMB melakukan perubahan kerana untuk memudahkan ahli jawatankuasa melakukan gerak kerja dan untuk menjimatkan kos perbelanjaan untuk pengurusan USMB.

Pada tahun ini juga, majoriti mahasiswa memilih Kaherah sebagai tempat pengajian berbanding muhafazah, tidak seperti tahun-tahun lepas. Kira-kira 207 mahasiswa yang mengikuti tauzik bersama PMRAM dan itu tidak termasuk kepada mereka yang tauzik mengikut persendirian. Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan yang juga selaku Timbalan Pengarah USMB PMRAM memberitahu, pilihan para mahasiswa bagi tahun ini lebih meminati Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah berbanding muhafazah. Pihak PMRAM mengharapkan agar setiap mahasiswa baru agar menumpukan terhadap pelajaran dan imtihan qabul yang bakal menjelma tidak lama lagi.

 

0 comments:

Sahabat