Friday, December 4, 2009

UPAP DPMZ Serius Dalam Usaha Meningkatkan Thaqafah Mahasiswa Baru

Posted by UPP DPMZ On 6:36 PM 3 comments


Unit Pengetahuan Dan Pendidikan (UPAP) DPMZ telah mengadakan sesi Kelas Bahasa Arab untuk Mahasiswa Perubatan dan Farmasi Tahun 1 bermula pada pertengahan November lepas.Sesi perjalanan kelas tersebut kini sedang berjalan rancak di bawah kendalian Pengerusi Kelab Bahasa Arab DPMZ, Ustaz Muaz Hassan dan diselia oleh Ketua Unit Pengetahuan Dan Pendidikan, Ustaz Muhammad Anas Zharif Harun (gambar).Seramai 100 orang mahasiswa baru terdiri dari 35 orang ikhwah dan 65 orang akhawat telah menyertai kelas ini.

          Kelas ini dijalankan sebanyak satu sesi setiap minggu.Tenaga pengajar bagi kelas ini ialah Ustaz Dzofeerulhaq Syafiullah bagi peserta lelaki dan 3 orang mahasiswi dari Mansurah bagi peserta perempuan.Para peserta lelaki dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kamsis Mauqif Tanta dan Kamsis Salam sementara peserta perempuan dibahagikan kepada 3 kumpulan.Kelas untuk peserta lelaki dijadualkan pada hari Ahad di Mauqif Tanta dan Selasa di Salam serta Rabu bagi peserta perempuan di Imarah Baba Usamah selepas Maghrib.

           Tujuan DPMZ mengadakan sesi kelas ini adalah untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Arab bagi seluruh mahasiswa baru DPMZ.Bahasa Arab amat penting di bumi Mesir ini kerana ia merupakan bahasa pengantar utama bagi masyarakat tempatan.Oleh itu, DPMZ amat berharap ahli-ahli yang mengikuti kelas ini dapat memanfaatkan peluang keemasan yang telah dibuka kepada anda supaya ia dapat memudahkan kehidupan para peserta di sini pada masa hadapan.DPMZ juga menjunjung moto PMRAM bagi sesi kali ini iaitu "Julang Thaqafah Bakti Dicurah" supaya para ahli mendapat ilmu tambahan sepanjang kehadiran di bumi Anbiya` ini. 

Perhatian : Jadual Kelas Bahasa Arab DPMZ boleh dirujuk di ruangan "Thaqafah & Ilmiah" di blog DPMZ, www.dpmz.blogspot.com

3 comments:

Assalamualaikum.
Tahniah atas usaha DPMZ untuk memantapkan bahasa arab dalam kalangan mahasiswa bukan takhassus pengajian islam. Saya di sini ingin mencadangkan supaya diadakan juga kelas tajwid kepada semua yang berminat khususnya perubatan kerana pada pengamatan saya ramai lagi dalam kalangan mahasiswa yang kurang pengetahuan pasal tajwid dan juga tidak mengamalkan sepenuhnya tajwid yang dipelajari.
Harap dapat dipertimbangkan.
Syukran.

setuju jugak

n sebenarnya ni antara permintaan junior n sahabat2 saya

ana setuju ni..ana rasa bkn tibb je yg mslh dlm baca al-quran..sstgh pljr drasat pn ade yg tidak mahir tajwd..

Sahabat