Sunday, February 7, 2010

Aktiviti "Memborong" Buku Di Festival Buku Antarabangsa Kaherah 2010

Posted by UPP DPMZ On 2:20 PM No comments




CAIRO INTERNATIONAL CONFERENCE CENTRE, KAHERAH (CICC), 6 JANUARI 2010/23 SAFAR 1431H : Unit Sambutan Dan Rehlah DPMZ telah mengadakan Jaulah Festival Buku Antarabangsa Kaherah Ke-42.Jaulah ini telah disertai oleh sekitar 18 orang peserta.Jaulah ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada ahli tentang Festival Buku Antarabangsa yang merupakan festival buku terbesar di seluruh dunia, menggalakkan para peserta mencintai ilmu dan membantu para peserta membeli buku dalam jumlah yang banyak.



          Para peserta telah bertolak pada jam 9 pagi dengan menaiki 2 buah van dan tiba di CICC pada jam 10.15 pagi.Festival buku di sini memang agak sesak kerana ramai orang sama ada orang awam atau pelajar datang dari seluruh dunia.Bayaran masuk ialah LE 1.Para peserta juga dibekalkan dengan makanan tengahari.Para peserta menjelajah ke seluruh pelusuk tapak festival untuk mencari buku yang ingin dibeli.Festival Buku Antarabangsa juga menawarkan jualan buku pada harga yang rendah.Ramai mahasiswa "memborong" buku terutamanya mahasiswa Pengajian Islam yang benyak membeli buku-buku yang berkaitan dengan fiqh, hadis, tafsir, kaedah Bahasa Arab dan tauhid seperti Fathul Bari, Sahih Bukhari dan Muslim, Audoh al-masalik, Syarah Ibnu Aqil, Majmuk, Fiqh Islami, Tafsir Munir, Tafsir Wasit, Minhaj at-talibin, Bahr al-mazi dan banyak lagi.Selain itu, kelihatan mahasiswa Perubatan Malaysia juga turut mencari buku-buku berkaitan ilmu perubatan dan farmasi.

          Kemeriahan Festival Buku Antarabangsa ini menunjukkan peranan Mesir sebagai pusat ilmu dunia.Para peserta bertolak pulang ke Zagazig pada jam 6 malam.Ruangan untuk menyimpan kitab juga disediakan.Malangnya, tayar salah sebuah van yang dinaiki oleh peserta telah pancit di pertengahan jalan lalu mengakibatkan kelewatan perjalanan.Mereka akhirnya selamat tiba pada jam 12 tengah malam.DPMZ berharap para ahli yang menyertai jaulah ini mendapat manfaat daripada program ini serta membentuk generasi yang mencintai ilmu.

0 comments:

Sahabat