ZAGAZIG, 30 Ogos 2011- Suasana 1 Syawal di bumi Zagazig pastinya berbeza berbanding tempat-tempat lain terutamanya di tanah air sendiri. keceriaan jelas terpancar di wajah seluruh ahli DPMZ ketikamana berkumpul untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi tadi.
Pagi raya dimulakan dengan solat aidilfitri di Stadium Zagazig. Selesai solat di sana, kesemua ahli-ahli bertemu, saling bermaaf-maafan, dan bergambar sesama mereka. Seusai solat sunat Aidilfitri, ahli-ahli dihidangkan pula dengan juadah-juadah dari rumah-rumah terbuka yang dianjurkan beberapa ahli antaranya rumah terbuka Saudara Dzulnawawi b. munawer, Mahasiswa tahun akhir Kuliah Usuluddin Jabatan Dakwah.
Pihak DPMZ mengucapkan jutaan terima kasih atas undangan dan kepada segelintir ahli yang masih ingin membuat rumah terbuka amatlah dialu-alukan. Sesungguhnya amalan kunjung-mengunjung amat dianjurkan Islam agar dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.
Dalam kemeriahan kita menyambut syawal, janganlah pula sampai melanggar batasan yang dihadkan syara' serta beringat ingtalah kepada saudara seagama kita yang tidak berkemampuan. Semoga lebaran yang menjelang ini menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi hambaNya yang lebih beiman dan bertaqwa.
0 comments:
Post a Comment