Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah… pertama dan selama-lamanya, marilah kita memanjat setingi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana limpah dan kurnianya, kita masih diberi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam junjungan besar nabi Muhammad SAW penghulu segala nabi.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “ Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ”
Surah Al Baqarah : 183
Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Sempena di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak kepimpinan DPMZ sesi 2011/2012 tidak terlambat mengucapkan selamat menjalani Ibadah puasa di bulan penuh barakah ini kepada warga DPMZ yang berada di Mesir mahupun di Malaysia.
Saya selaku ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan yang baru pada sesi ingin mengambil kesempatan di bulan Ramdhan ini untuk menyeru kepada semua warga DPMZ marilah kita sama-sama memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini seperti tadarus Al-Quran, qiamulail, solat berjemaah, bersedekah dan lain-lain lagi supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa.
Sahabat yang dikasihi sekalian,
Selain itu, pihak DPMZ sedang menganjurkan program Raudah Ramadhan 1432 sepanjang bulan Ramadhan untuk warga DPMZ yang berada di bumi Zagazig. Antara pengisian di dalam program tersebut adalah iftor Jamie, tadarus Al-Quran, pengajian tafaqquh fiddin, tayangan filem, ceramah Ramadhan, kuiz Ramdhan, bazaar DPMZ, solat terawikh dan qiamulail 10 malam terakhir di Masjid Salam, tazkirah Ramdhan di kalangan pimpinan DPMZ dan sahur Jamie.
Ini dapat membantu warga DPMZ manfaatkan masa terluang dengan mengikuti program yang disediakan daripada menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Pada 19 Ramadhan 1432H / 19 Ogos 2011M (Jumaat) adalah tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok / Rakan Muslim di peringkat DPMZ secara bermanhaj setelah ditangguhkan selama 2 bulan kerana memberi laluan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menghadapi peperiksaan. Diharap semua fasilitator / naqib untuk menggerakkan MB/RM masing-masing dengan jayanya.
InsyaAllah dengan pembawakan UDPI DPMZ sesi ini dapat merealisasikan usul pertama pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT kali ke-19) baru-baru ini iaitu “ Membudayakan fikrah amal Islami dalam mendidik ahli DPMZ untuk membudayakan biah solehah yang mengikut syari’at ”.
Akhir kalam, harapan supaya kita semua sama-sama dapat membudayakan biah solehah di bumi Zagazig daripada pelbagai sudut berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang dianjurkan oleh agama Islam. Wabillahi taufiq wa hidayah, Wassalamualaikum wbt.
Anas Zharif Bin Harun
Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012
0 comments:
Post a Comment