Friday, October 28, 2011

Jenayah Di Mesir Semakin Berleluasa, Mahasiswa/wi Perlu Lebih Berhati-hati.

Posted by UPP DPMZ On 5:40 PM No comments


Saban hari kes-kes jenayah semakin meningkat khususnya yang melibatkan Wahasiswa/wi Malaysia. Terbaru seorang ahli DPMZ dilaporkan telah dirompak ketika baru sahaja keluar dari kedai menjual buku yang terletak di Qaherah.


Mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga kuliah Usuluddin Zagazig dilaporkan mengalami kerugian kira-kira LE. 300. 

Ketika kejadian mangsa baru sahaja keluar dari kedai buku (Maktabah Dar Salam) di Qaherah. Mangsa telah dipaksa menyerahkan telefon bimbit dan sejumlah wang. mangsa juga bernasib baik kerana tidak dicederakan oleh perompak tersebut.

Kes-kes seumpama ini kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Keadaan negara Mesir yang kurang stabil setakat ini tidak dapat menjamin keselamatan Mahasiswa/wi yang menuntut ilmu di pelembahan Nil ini.

Pihak PMRAM telah mengeluarkan pekeliling keselamatan baru-baru ini, tapi malangnya sesetangah dari kita tidak mengambil cakna serta mengabaikan langkah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak PMRAM tersebut, Padahnya kes-kes rompakan, samun dan seumpanya terus berleluasa dan mengganggu gugat keselamatan sahabat-sahabat kita di sini.

DPMZ mengharapkan agar seluruh ahli terus mengambil langkah berjaga-jaga tidak kira di mana sekalipun kita berada, dan terus mengikut pekeliling keselamatan yang ditetapkan oleh pihak PMRAM supaya keselamatan mahasiswa/wi malaysia khususnya di Zagazig dapat dikawal dengan baik.

0 comments:

Sahabat