Bungkus..... para aktivis KSS DPMZ sedang menyiapkan hidangan yang ditempah.
ZAGAZIG, 21 Zulkaedah 1432/19 Oktober 2011 : AJK Kempen Sayang Somalia (KSS) masih lagi meneruskan perjuangan untuk membantu warga Somalia yang kebuluran dengan mengadakan aktiviti jualan amal Somalia yang telah memasuki hari keempat. Tinjauan mendapati AJK KSS masih lagi terus bersemangat dan berazam untuk mengutip dana sebanyak mungkin bagi membantu warga Somalia. Ketua Unit Ekonomi KSS DPMZ Saudara Bukhari Che Musa bertungkus-lumus bersama anak-anak buahnya untuk meningkatkan jumlah dana kutipan untuk Somalia.
Pengarah KSS Saudara Muhamad Nasuha Zakariah ketika ditemui menyatakan rasa gembira dengan perkembangan terkini kutipan jualan. Beliau juga dipetik sebagai berkata "Jualan makanan pada hari mula agak kurang akan tetapi hasil kesedaran ahli yang kian bertambah tempahan makanan terus meningkat hari demi hari". Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli di atas sokongan kepada agenda KSS DPMZ dan mengharapkan semua pihak terus membantu KSS DPMZ untuk mengutip dana bagi warga Somalia. DPMZ mendoakan supaya Allah membalas setiap usaha mana-mana pihak yang ingin menambah dana sumbangan KSS untuk warga Somalia dengan ganjaran kebaikan di dunia dan akhirat.
Tekun.... Bukhari Che Musa mengerah segala kudrat yang ada untuk Somalia.
Selamat berjuang..... Ermyzal Nazirul (kanan) sedang memberi arahan kepada para petugas sebelum penghantaran dimulakan.
Penat berjuang..... para aktivis KSS DPMZ sedang berehat kerana kepenatan.
0 comments:
Post a Comment