Saturday, October 29, 2011

Warga Arab Bertindak Melampau , Semua Diminta Mengambil Langkah Berjaga-Jaga

Posted by UPP DPMZ On 6:26 PM No comments



                                Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang dalam melaksanakan tugas selaku hamba , selawat dan salam buat Junjungan Besar   Baginda SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang.


Mutakhir ini , kerap kali didedahkan dengan laporan kes yang telah berlaku terhadap mahasiswa/wi Zagazig. Setakat ini pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah menerima tujuh kes yang berkaitan dengan pencabulan terhadap mahasiswi oleh warga arab , kecurian , rompakan , dan keciciran dokumen pengenalan diri.

     Umum mengetahui akan keadaan mesir selepas berlakunya revolusi 25 Januari 2011 yang lalu terdapat pelbagai kejadian negatif dan seumpamanya telah berlaku terhadap warga tempatan sendiri dan warga asia serantau seperti Malaysia , Indonesia dan sebagainya turut merasai tempias daripada sikap segelintir warga tempatan Mesir . 

     Selain daripada itu , pihak DPMZ juga melihat beberapa faktor lain yang mana ia menyumbang kepada berlakunya  kejadian-kejadian negatif terhadap mahasiswa/wi  seperti faktor kecuaian , persepsi warga tempatan Mesir terhadap warga asia serantau dan sikap segelintir mahasiswa/wi yang kurang mengambil cakna menyebabkan hasilnya sebagaimana yang kita lihat sekarang sehinggakan terdapat satu laporan kes yang baru diterima oleh pihak DPMZ iaitu kes pencabulan oleh seorang warga arab terhadap seorang mahasiswi perubatan Zagazig.

Apa yang lebih membimbangkan , ia menjadi lebih serius jika tidak diambil tindakan segera. Ini adalah berdasarkan kepada satu laporan kes yang telah dilaporkan oleh seorang mahasiswi perubatan Zagazig. Dilaporkan bahawa satu kejadian negatif yang telah dilakukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang menetap dalam satu blok bangunan yang sama. 

     Peristiwa itu berlaku ketika ibu bapa lelaki tersebut tidak berada di dalam bangunan itu, mereka telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.  Lelaki tersebut yang berumur awal 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kejadian ini berlaku sewaktu pulang daripada kuliah perubatan sekitar jam 3.30 petang . Sewaktu di rumah , lelaki tersebut yang hanya tinggal di bawah  telah naik ke rumah mereka untuk membuat pemeriksaan terhadap mesin air yang mana ia kebetulan berada di kawasan rumah mahasiswi tersebut. 

     Setelah selesai , lelaki tersebut meminta izin untuk pulang ke rumahnya dan pada waktu yang sama dia mempelawa kepada mahasiswi tersebut untuk turun bersamanya bertujuan menuju ke rumah mahasiswi perubatan yang berada di tingkat bawah. Lelaki tersebut telah mengambil kesempatan terhadap mahasiswi itu , dengan melakukan perkara-perkara yang negatif sehinggakan mahasiswi tersebut tidak mampu untuk melakukan apa-apa. 

    Langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh mahasiswi khususnya demi memastikan kes seperti ini tidak menimpa kepada pihak yang lain. Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah menetapkan beberapa langkah berhati-hati  dan ia mesti dipatuhi oleh semua mahasiswi khususnya. Antara langkah-langkah tersebut adalah :

1) Tidak membenarkan warga mesir untuk masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya melainkan keperluan sahaja seperti masalah internet , membaiki peralatan rumah ( peti sejuk , mesin basuh , tukar gas dan seumpamanya ) dan ia mestilah dimaklumkan dan ditemani oleh seorang musyrif dari pihak DPMZ .

2) Hanya pihak DPMZ sahaja yang akan berurusan dengan pihak arab untuk sebarang permasalahan rumah jika ia memerlukan tenaga daripada pihak arab. Mana-mana mahasiswi yang mempunyai masalah yang berkaitan perumahan mestilah memaklumkan kepada pihak DPMZ untuk tindakan selanjutnya.

3) Mahasiswi dituntut untuk menjaga akhlak dan pemakaian untuk meperkasakan biah solehah yang baik di bumi Zagazig. 

4) Jika mana-mana warga arab mesir mengganggu di sekitar kediaman khususnya mahasiswi ,jangan sewenang-wenangnya untuk membuka pintu dan perlulah terlebih dahulu memaklumkan kepada pihak DPMZ.

    Langkah-langkah keselamatan ini telah lama ditetapkan. Akan tetapi ada sebahagian daripada kalangan mahasiswi khususnya kurang memberi perhatian yang sebaiknya dan inilah diantara faktor penyumbang kepada berlakunya perkara-perkara negatif. 

    Pihak DPMZ mengharapkan kepada semua mahasiswa/wi Zagazig supaya mempertingkatkan keselamatan diri , harta dan nyawa. Sekiranya terdapat sebarang kes keselamatan yang berlaku mestilah dilaporkan terus kepada Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig ditalian : +201093129590.  

0 comments:

Sahabat