Friday, February 10, 2012

SUKEZ DPMZ, MEREALISASIKAN UKHUWAH DALAM BERIADAH.

Posted by UPP DPMZ On 12:37 AM No comments


ZAGAZIG, 8 FEBRUARI- Bersempena cuti musim dingin ini pihak DPMZ di bawah Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan telah menganjurkan Sukan Keluarga Zagazig (SUKEZ) dengan bertemakan "Riang Ria Dihari Keluarga". Program Riadah santai ini telahpun bermula sejak 8 februari dan akan tamat pada 11 februari ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, seluruh ahli akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing sepertimana yang telah disusun oleh pihak penganjur. 

Bagi peringkat Ikhwah, penganjur telah membahagikan kepada 4 kumpulan iaitu, biru, merah, hijau dan kuning. Manakala bagi peringkat Akhwat pula, mereka juga dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu, merah, biru, pink dan juga kuning.

Walaubagimanapun sukan untuk peringkat akhawat telah bermula pada 8 februari dan tamat pada hari yang sama, berlainan dengan peringkat ikhwah, sukan akan berlangsung pada 8 dan 11 februari kerana banyak acara yang dipertandingkan.

Antara sukan yang dijalankan pada hari pertama ialah, bola tampar dan pingpong (ikhwah), manakala bagi akhwat pula acara yang dipertandingkan berbentuk sukaneka. Antaranya ialah, bawa bola pingpong mengguanakan sudu, belon air berminyak, lari 3 kaki berhalangan, telefon buruk dan kupas bawang menggunakan jari. 

Selain sukaneka, acara sukan padang juga dipertandingkan untuk akhwat iaitu futsal dan basketball. Bagi peringkat akhawat, johan keseluruhan telah diumumkan iaitu dari kumpulan biru, manakala johan bagi acara futsal pula telah dirangkul oleh kumpulan pink dan johan basketball pula dari kumpulan biru. Saudari Nurizzati Azyan bt Mohd Zaki telah berjaya merangkul gelaran peserta terbaik bagi sukez peringkat akhwat.

Sukan bagi peringkat ikwah pula dimenangi oleh rumah kuning bagi acara bola tampar manakala bagi acara pingpong pula johan dirangkul oleh kumpulan hijau. Walaubagaimanapun, johan keseluruhan belum diumumkan lagi kerana masih berbaki banyak acara termasuk sukaneka pada hari penutup nanti iaitu pada 11 februari ini.

DPMZ mengucapkan tahniah kepada rumah sukan masing-masing yang berjaya mahupun tidak kerana  pada hakikatnya semua ahli tidak kira dari kumpulan mana sekalipun telah berjaya memberikan komitmen dalam program SUKEZ kita pada tahun ini. Bukan kejuaraan sebagai motif utama kita, di sebalik kita beriadah peluang untuk kita saling mengenali dan melebarkan ukhuwah sesama kita amat luas terbuka.

Maka dengan itu, DPMZ amat berharap dengan penganjuran program santai seperti ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh ahli untuk saling berkerjasama dalam berpasukan, bersukan untuk kesihatan diri di samping kita menjadikan nilai ikhuwah sesama kita kian mantap dari yang sebelumnya.






0 comments:

Sahabat