Melihat kepada tindakan Yayasan Terengganu yang telah
menamatkan pinjaman terhadap 9 orang mahasiswa Keluarga Penuntut Terengganu
adalah sama sekali tidak wajar.
Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) mewakili seluruh mahasiswa/wi di bumi Zagazig melahirkan rasa kesal terhadap
perkara yang berlaku. Bahkan tindakan yang dikenakan menunjukkan seolah-olah
akta AUKU ingin diwujudkan di bumi mesir ini secara tidak langsung.
Pihak DPMZ menganggap tindakan yang telah dikenakan akan
merencatkan lagi sesi pembelajaran terhadap mahasiswa tersebut terutamanya
dalam isu pembayaran yuran yang memerlukan kos pembayaran yang tinggi khususnya
mahasiswa perubatan.
Tindakan yang telah diambil oleh pihak Yayasan Terengganu
seolah-olah menunjukkan ada tangan-tangan yang cuba campurtangan terhadap isu
penarikan pinjaman ini.
Justeru , alasan yang diberikan sama sekali tidak relevan
berikutan penarikan terhadap pinjaman yang diberikan dan ini akan menimbulkan
lebih banyak persoalan daripada kalangan masyarakat terhadap isu tersebut.
Oleh
hal yang demikian , pihak DPMZ akan bersama-sama dengan PMRAM dan seluruh PMRAM
cawangan terhadap isu penarikan pinjaman terhadap mahasiswa Terengganu ini
kerana isu mahasiswa adalah isu kita bersama.
0 comments:
Post a Comment