Umat Islam di tanah air sering dikejutkan dengan 'berita panas' yang kerap kali mengguris luka di hati rakyat,bahkan isu yang datangkan boleh memberikan kesan kepada akidah umat. Minggu ini kita dikejutkan lagidengan kontroversi kedatangan Irshad Manji yang dikatakan akan mengadakan program pada 18 Mei lalu.
Lalu pelbagai pihak tampil menyatakan bantahan terhadap wanita ini, program yang dijadualkan berlansung diUniversiti Monash Bandar Sunway pada hari Jumaat 18 Mei 2012 antara jam 1 hingga 2 tengah hari yangbertajuk "Moral Courage: Creating Space for Islam & Democracy".
Siapakah Irshad Manji?
Irshad Manji adalah seorang wanita berumur 49 tahun berkelahiran dari Uganda, Afrika Timur. Beliauseorang jurnalis, juga seorang penulis dari Kanada dan pengacara sebuah badan progresif dan reformasi Islam.Beliau presiden dan pengasas kumpulan Moral Courage Project. Sebuah organisasi yang banyak bergerakmempromosikan bagaimana berfikiran kritis, berbeza pendapat dan perdebatan dalam agama Islam. Moral Courage Project adalah sebuah badan yang berada di tengah-tengah jaringan non muslim dan reformis muslim.
Ayahnya berasal dari Gujarat dan ibunya dari negara Mesir. Ketika berusia empat tahun, keluarga IrshadManji berpindah ke Kanada. Irshad Manji dibesarkan dan bersekolah aliran Islam, dia mempelajari Islam melalui perpustakaan dan juga belajar bahasaArab selama sekitar 20 tahun. Namun fahaman yang di perolehinya telah menyeleweng dan secara jelas dia telah membawa fahaman liberal kepadaumat islam.
Pemikiran Dan Perjuangan Irshad Manji
Kontroversi yang timbul tentu sekali ada asbab yang boleh memberi kesan kepada masyarakat Islam, kalau tidak, mana mungkin ada pihak yang tampilmenyatakan bantahan. Sekilas pandang secara luarannya kita sudah boleh menilai dan agak pelik bagaimana seorang wanita berambut pendek yangmengamalkan homoseksual boleh menulis buku "Allah, Kebebasan dan Cinta". Sudah tentu tulisannya mengundang seribu tanda tanya dan prasangkaantara ilmu yang ditulis dengan perihal dirinya dirinya.
Benar kata orang, manusia tidak boleh dihukum dari sudut luarannya, namun apa yang dizahirkan, itulah garis petujuk kepada realiti bagaimanadalamannya. Apatah lagi kalau yang sudah terang lagi bersuluh kesalahannya. Irshad Manji secara terbuka mengaku bahawa dia adalah lesbian.
Tulisan Irshad Manji banyak mengelirukan dan menyeleweng dari hukum Syarak. Malah Irshad Manji kerapkali mempertikaikan dan menghina Islam.Irshad Manji adalah seorang pejuang seks bebas, dan pergerakannya dipromosikan oleh golongan gay dan lesbian di rata-rata laman-laman sosial danlaman web. Irshad Manji merupakan lesbian dan mengamalkan homoseksual secara terbuka.
Dalam soal kefahaman agama, Irshad Manji mengatakan lelaki Islam hanya dialu-alukan hadir ke solat jumaat dan solat boleh dibuat bila-bila masasahaja dan ia merupakan ciptaan manusia.
Irshad Manji menghina baginda Nabi Muhammad SAW sebagaimana di dalam bukunya 'Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini',katanya :
"Sebagai seorang pedagang buta huruf, Muhammad bergantung pada para penulis untuk menulis kata-kata yang didengarnya dari Allah. Kadang-kadang Nabi sendiri mengalami penderitaan yang luar biasa untuk menguraikan apa yang ia dengar. Itulah bagaimana ayat-ayat syaitan, ayat-ayat yang memuja berhala yang dikatakan pernah diterima oleh Muhammad dan ditulis sebagai ayat rasmi untuk al-Quran. Nabi kemudianmencoret ayat-ayat tersebut, menyalahkan tipu daya setan sebagai penyebab kesalahan catat tersebut. Walaubagaimanapun, ahli falsafah muslimsudah berabad-abad lama mengisahkan cerita ini dan ini telahpun memperlihatkan keraguan yang sudah lama ada pada kesempurnaan al-Quran"
Didalam bukunya yang lain "Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini" Irshad Manji mengungkapkan kisah bernada penghinaanterhadap Nabi Muhammad SAW dengan menuduh Rasulullah SAW telah mengubahsuai al-Quran dan keraguan terhadap al-Qur'an melalui riwayatlemah dan palsu, dan ini telah menjadi peluang kepada orientalis untuk menyerang al-Quran dan Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti menjadikesukaan mereka.
Irshad Manji telah banyak mengadakan seminar-seminar di rata-rata negara dengan memperjuangan seks bebas dan pergaulan bebas. Salah satuseminar yang dianjurkan berjudul “Menggugat Normativiti Tubuh dan Seksualiti : Iman, Cinta dan Kebebasan” yang bertujuan memberikanpendedahan pengamalan seks bebas kepada masyarakat.
Baru-baru ini Irshad Manji menganjurkan program seminar dan diskusi bukunya di Jakarta, 4 Mei 2012. Program tersebut telah ditentang keras olehmasyarakat islam Indonesia. Ratusan masyarakat islam Indonesia keluar berhimpun di luar dewan seminar dengan laungan protes supaya programtersebut dibatalkan. Akhirnya berlaku ketegangan dan protes bantahan tersebut telah dihadiri oleh pihak polis, akhirnya program tersebut terpaksadibatalkan. Setelah itu Irshad Manji sekali lagi mengajurkan programnya pada 9 Mei 2012, namun program itu juga mendapat bantahan umat islamIndonesia dan terpaksa dibatalkan. Kedatangan Irshad Manji ke Indonesia untuk mengadakan seminar dan diskusi tersebut ditaja oleh Yayasan danLSM Liberal-Kapitalis.
Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) telah membantah penganjuran program Irshad Manji dengan sekeras-kerasnya dan turut menyebarkan risalahkepada warga Indonesia dengan menyatakan "sesiapapun yang melindungi Irshad Manji akan berhadapan dengan umat Islam dan MMI". ProggramIrshad Manji tersebut juga mendapat tentangan hebat daripada Front Pembela Islam (FPI) Indonesia yang menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.
Irshad Manji di dalam bukunya "Allah, Liberty and Love", menjelaskan bagaimana seseorang menjadi berani jika ada induvidu atau pihak yang inginmenutup mulut agar tidak berkata-kata. Buku ini sebagai panduan untuk menjadi seorang tokoh dunia yang mempunyai keberanian. Namun perludisedari, keberanian yang dimaksudkan adalah keberanian mempertahankan idea yang dihasilkan sendiri sekalipun bertentangan dengan Islam. Makakerana itu golongan yang bersama-sama dengan Irsyad Manji akan menjadi lebih yakin untuk mengamalkan seks bebas dan membuat andaian sendiriterhadap agama.
Persis sebegitulah kefahaman yang disuntik kepada sesiapa yang mengikuti program bersama Irshad Manji, sebagaimana terjadi kepada Ahmad Dhani,seorang ketua kumpulan muzik Dewa 19, dari Indonesia yang telah secara jelas telah menyokong dan mengikuti Irshad Manji.
Beliau berpandangan bahawa golongan mereka sebenarnya golongan yang MERDEKA berfikir, bukan dikonkong oleh agama, sebagaimana yang dipetik daripadaTwitternya. Kata para ulama, golongan yang sesat, dan merasakan dia adalah betul adalah golongan yang teramat sukar untuk dibersihkan akidahnya.
Semalam, 19 Mei 2012, Irshad Manji telah melancarkan bukunya "Allah, Liberty and Love" di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor dan Kuala Lumpur. Buku pertama Manji, "The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith" sebelum ini telah diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.
Pihak bertanggungjawab perlu mengambil cakna dan tidak membiarkan perkara ini terus berleluasa dan berlarutan. Hari ini masih ada, api yangkecil jangan dibiarkan membakar tuan baru ingin mencari pemadamnya.
Golongan mahasiswa dan mahasiwa tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat perkara ini merebak. Mahasiswa adalah penggantikepada kepimpinan negara, dan isu ini seharusnya dipikul bersama. Moga Allah selamatkan kita semua dan menjauhkan anak bangsa daripada turutterjerumus ke lembah kejahilan dan jauh daripada hidayah Allah SWT.
"Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
0 comments:
Post a Comment