Thursday, May 31, 2012

Kediaman Mahasiswi Diceroboh!! Pertingkatkan Keselamatan Diri & Rumah.

Posted by UPP DPMZ On 6:28 PM No comments



Khamis, 31 mei 2012- Satu kejadian rompakan telah berlaku yang melibatkan sebuah rumah mahasiswi Malaysia awal pagi tadi di kawasan penempatan pelajar Malaysia iaitu Salam Saidnawi pada jam 6.30 pagi tadi.

Perompak yang disyaki warga tempatan itu walaubagaimanapun tidak dapat diberkas buat masa ini. Jumlah kerugian dilaporkan bernilai 4200 Ringgit Malaysia kerana diberitakan beberapa alat elektronik antaranya komputer riba, telefon bimbit , i-pod hilang dalam kejadian pagi tadi.

Difahamkan juga cara yang digunakan oleh perompak tersebut ialah dengan masuk melalui tingkap rumah Mahasiswi yang berada di tingkat bawah imarah Mahasiswi Malaysia. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Pihak DPMZ memandang serius kes-kes seumpama ini dan sentiasa berusaha agar ianya tidak berulang pada waktu akan datang. Dalam pada itu juga seuruh Mahasiswa/mahasiwi Malaysia dinasihatkan agar terus meningkatkan tahap keselamatan diri dan rumah lebih-lebih lagi dalam musim peperiksaan pada masa ini.

Oleh yang demikian Pihak DPMZ juga telah mengambil tindakan membuat laporan polis sebagai satu langkah keselamatan demi memastikan isu keselamatan ini lebih terjamin dan dapat diselesaikan bersama.
Sehubungan dengan itu DPMZ telah menggariskan beberapa langkah keselamatan khusus untuk mahasiswa/mahasiswi yang bermukin di bumi Zagazig.

Berikut merupakan langkah keselamatan yang perlu dipertingkatkan demi memastikan kejadian seumpama ini dapat dielakkan pada masa akan datang :

(KESELAMATAN DIRI)
  • Mahasiwa/wi  mestilah sentiasa berwaspadadan berjaga-jaga dalam isu keselamatan diriwalau di mana saja berada dan segala barang kepunyaan peribadi seperti dompet, telefon bimbit, passport dan dokumen pengenalan diri mestilah dijaga dengan sebaiknya. (Berdasarkan situasi Mesir selepas revolusi berlaku)
  • Sebarang kes kemalangan jiwa yang berlaku perlu dimaklumkan segera kepada Pengerusi DPMZ.
  • Di galakkan kepada Mahasiswi agar berjalan secara berkumpulan.
  • Mahasiswi mestilah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.


(KESELAMATAN RUMAH)
  • Pastikan pintu utama  rumah dan tingkap sentiasa berkunci  samada  berada di rumah mahupun sebaliknya.
  • Sebarang urusan perumahan yang berkaitan dengan warga arab mestilah dimaklumkan kepada unit Perumahan DPMZ untuk diambil tindakan. (Berdasarkan kes-kes kecurian dan gangguan seksual yang telah berlaku di kediaman terutamanya kediaman mahasiswi.
  • Tidak sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana warga arab masuk ke dalam rumah.
  • Tidak sewenang-wenangnya membuka pintu rumah melainkan setelah mengenal pasti pengunjung yang datang. (Jika melibatkan warga arab mestilah menghubungi Unit Perumahan DPMZ)
  • Digalakkan kepada Mahasiswa/wi membuat sebarang notis kepada pengunjung yang datang berdasarkan kreativiti penghuni tersebut. ( contoh: ketuk pintu 3 kali dan memberitahu nama)





0 comments:

Sahabat