Memang
tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah
dihasilkan. Manusia sekarang tidak hairan dengan kecanggihan yang wujud
sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan
manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan
maklumat terkini.
Penciptaan
media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun ke-19 dan
ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan
untuk keamanan ataupun kemusnahan.
Bahkan
Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam
memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial
medan.
Media elektronik
merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau
elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsol
permainan, komputer, telefon dan lain-lain. Media elektronik berlawanan dengan
media cetak.
Kesempatan
ini, pihak Unit Biah Solehah PMRAM sesi 2012 ini mengajak semua mahasiswa/wi
Malaysia yang berada di bumi Anbiya’ untuk memanfaatkan media elektronik iaitu
salah satu objektif atau pembawakan UBS PMRAM pada kali ini. Supaya suasana
Islamik masih boleh diteruskan walaupun dengan penggunaan media elektronik
sahaja.
Mungkin
pada peringkat awal, kita melihat kemudharatan penggunaan media elektronik itu
lebih banyak daripada kebaikannya. Dan sebaliknya, penggunaan media elektronik
banyak faedahnya seperti cepat untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Selain itu,
ia boleh digunakan sebagai medium dakwah yang lebih interaktif.
Pada masa
kini, facebook dan blog merupakan pendekatan terkini untuk menyampaikan dakwah
Islamiyah kepada masyarakat. Sebahagian masyarakat lebih senang dengan
pendekatan seperti ini kerana tidak perlu bersua muka dan menjimat masa.
Sekiranya ada persoalan, terus rujuk individu yang pakar tentang agama seperti
AF Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.
Selain
daripada itu, ia boleh menghubungkan dua belah pihak yang jauh dan sebagai
contoh seorang anak yang melanjutkan pengajian di Bumi Mesir berhubung ahli
keluarga di Malaysia. Dengan ada alat perhubungan seperti telefon, internet dan
sebagainya, maka jalinan hubungan tersebut masih boleh diteruskan walaupun jauh
di perantauan.
Secara
kesimpulannya, memang benar kesemua jenis media ini berperanan untuk
menyebarluaskan maklumat, untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita serta
membantu dalam tugas dan kegiatan sehari-hari.
Dengan
menggunakan alat media kita akan mengetahui apa sahaja maklumat-maklumat yang
tidak kita ketahui sebelumnya. Di samping itu juga media berpengaruh kuat dalam
menggugat keimanan seseorang jika disalahgunakan media tersebut. Firman Allah
Taala dalam surah Al-Imran: 104 yang bermaksud:
“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar,
merekaitulahorang-orang yang beruntung.”
Oleh yang
demikian, masyarakat memahami betapa kuatnya peranan media untuk mencorakkan
tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada
diri manusia datang dari apa yang disimpan dalam minda mereka.
Dalam
dunia sejagat sekarang, kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah secara
fizikal tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media
cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah kepada minda
negara-negara yang disasarkan.
Demikian
juga halnya maklumat yang diisi dan dimuatkan dalam komputer dan alat-alat
perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang memerlukan kepada
penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh itu Allah SWT
awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya dalam Surah
Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu
seorang fasakh membawa sesuatu berita, maka selidikilahuntuk menentukan
kebenarannya supaya kamutidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu
menyesali apa yang kamu telah lakukan"
Sumber : ubs-pmram
0 comments:
Post a Comment