Tuesday, August 7, 2012

Isu keselamatan : Mahasiswa dan mahasiswi perlu cakna

Posted by UPP DPMZ On 11:53 PM No comments



Mutakhir ini ,  mahasiswa dan mahasiswi  khusus di bumi Zagazig amat mudah terdedah dengan kes-kes yang berkaitan  kecurian , gangguan seksual , ragut dan seumpamanya. Bermula daripada musim peperiksaan pada bulan Mei sehinggalah Julai telah berlaku beberapa kes yang melibatkan kehilangan barang peribadi di rumah atau kediaman mahasiswa dan mahasiswi di bumi Zagazig.

            Umum mengetahui akan keadaan Mesir selepas berlakunya Revolusi 25 Januari 2011 yang lalu terdapat pelbagai kejadian negatif dan seumpamanya telah berlaku terhadap mahasiswa dan mahasiswi di bumi Zagazig khsusnya dan ia turut dirasai oleh warga asia yang lain seperti Indonesia dan Thailand terhadap sikap segelintir warga tempatan Mesir. 

Selain itu , pihak DPMZ juga melihat beberpa faktor lain yang mana ia menyumbang kepada berlakunya kejadian-kejadian negatif terhadap mahasiswa dan mahasiswi seperti faktor kecuaian , persepsi warga tempatan mesir terhadap warga asia dan sikap segelintir mahasiswa dan mahasiswi yang kurang mengambil cakna menyebabkan hasilnya sebagaimana yang kita lihat sekarang dan terdapat satu laporan kes yang baru sahaja berlaku kepada salah seorang mahasiswi Zagazig pada 6 Ogos 2012 jam 6.30 pagi. 

Dilaporkan bahawa mahasiswi tersebut sedang berjalan bersendirian di salah satu laluan utama di kawasan Salam Sadnawi dan telah kelihatan pada ketika itu dua orang warga tempatan yang bermotosikal telah bertindak melampau dengan meragut beg yang berada di tangan mahasiswi tersebut. Berikutan kejadian itu , mahasiswi tersebut telah kehilangan dompet , kad bank HSBC dan sejumlah wang. 

            Melihat kepada kes-kes yang telah berlaku , pihak DPMZ telah mengambil beberapa tindakan demi memastikan keadaan keselamatan semasa mahasiswa dan mahasiswi di bumi Zagazig berada dalam keadaan yang baik dan antaranya ialah :

1)    Berhubung dengan Pihak Keselamatan Mesir serta melaporkan tentang kes-kes yang berlaku.
2)    Berhubung dengan wakil Pihak Keselamatan Mesir yang ditugaskan untuk menjaga kawasan-kawasan penempatan warga tempatan mesir dan Malaysia.
3)    Mengeluarkan pekeliling keselamatan khusus untuk mahasiswa dan mahasiswi yang bermukim di bumi Zagazig.

Pihak DPMZ amat berharap agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi sentiasa memastikan tahap keselamatan diri , harta benda dan dan barang kepunyaan peribadi seperti dompet , telefon bimbit , dan dokumen pengenalan diri mestilah dijaga dengan sebaiknya. Tambahan pula , situasi sekarang adalah musim keberadaan di dalam bulan ramadhan yang mana tempoh waktu siangnya terlalu panjang dan boleh mendedahkan keselamatan diri kepada bahaya yang mana ia tidak mengira tempat dan waktu serta boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini terutama pada  ketika awal pagi manakala waktu malam pula yang terlalu singkat digunakan oleh warga arab tempatan khususnya untuk mengisi ruang masa yang kosong setelah penat berpuasa siangnya terutama setelah selesainya solat sunat terawih. Oleh hal yang demikian pihak DPMZ telah menetapkan beberapa ketetapan dan mengharapkan kerjasama yang sebaiknya daripada semua mahasiswa dan mahasiswi Zagazig. Berikut adalah beberapa ketetapan dan garis panduan :

1)    Mahasiswa dan mahasiswi yang menaiki kenderaan awam ( tremco ) mestilah sentiasa berwaspada terhadap diri sendiri , harta dan sebarang dokumen-dokumen pengenalan diri. Ini berdasarkan kepada kes-kes yang berlaku seperti kes seluk yang kebiasaan berlaku di dalam kenderaan awam khususnya ( tremco ).
2)    Digalakkan bagi mahasiswi berjalan secara berkelompok terutama pada awal pagi.( Ini berdasarkan kepada kes yang telah berlaku kepada salah seorang mahasiswi di kawsan Salam Sadnawi ).
3)    Pastikan pintu rumah dan tingkap sentiasa berkunci terutamanya ketika awal pagi dan sama ada ketika berada di rumah atau sebaliknya. ( Berdasarkan kepada kes-kes yang telah berlaku kepada beberapa kediaman mahasiswa dan mahasiswi Zagazig bermula daripada bulan Mei sehingga Julai ).
4)    Mahasiswi tidak dibenarkan berpakaian menjolok mata.
5)    Tidak digalakkan bagi mahasiswi keluar malam jika tidak ada keperluan mendesak seperti keluar makan , membeli belah , dan seumpamanya.
6)    Tidak dibenarkan akhawat keluar malam pada waktu malam tanpa musyrif walaupun destinasi yang dituju berdekatan.
7)    Perhatian : Semua mahasiswa dan mahasiswi Zagazig mestilah berwaspada ketika berada di dalam kenderaan awam ( tremco )terutamanya apabila tremco tersebut melalui kawasan tertentu seperti kawasan Kubri Mustasyfa dan Muhafzhah. ( Berdasarkan kepada laporan yang diterima ada kalangan pencuri-pencuri yang memilih kawasan ini untuk menaiki tremco dan juga dalam keadaan tremco tersebut sesak dengan penumpang ).

Sebarang permasalahan dan kes yang berlaku perlulah segera dimaklumkan kepada Pengerusi DPMZ untuk sebarang tindakan.

“Memartabat Keilmuan , Memimpin Kesatuan”

Mohd Zainullah Bin Mohd Pauzi ,
Pengerusi ( Hubungan Luar ) ,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig ,
Sesi 2011 / 2012   

0 comments:

Sahabat