ZAGAZIG, 14-17 Oktober 2012- Selepas Ziarah Mahabbah peringkat pertama, baru-baru ini pihak
kepimpinan DPMZ telah meneruskan ziarah tersebut untuk bersua muka dan bertemu
seluruh Mahsiswa/wi baru pada sesi ini dan baki mutazawwijin. Ziarah yang diketuai oleh
Pengerusi DPMZ tersebut sedikit sebanyak memberi informasi terkini
berkaitan DPMZ dan sejarah penubuhannya.
Antara misi yang dibawa ialah
penerangan berkaitan DPMZ, PMRAM serta mengajak ahli untuk terus
bersama-sama bersatu hati demi memastikan keutuhan hubungan antara ahli
dan pimpinan terus tersemai dari setiap peringkat. Di samping itu pihak
DPMZ sendiri dapat menyelami setiap permasalahan dan harapan oleh
seluruh ahli.
Kunjungan Peringkat Kedua ini
khusus untuk mahasiswa/wi (baru) perubatan dan farmasi berjaya
direalisasikan oleh kerana kerjasama yang baik dipamerkan oleh seluruh
mahasiswa baru di bumi Zagazig.
Dalam ekspedisi ziarah tersebut,
pihak DPMZ turut membekalkan beberapa item antaranya carta organisasi, borang bancian perumahan, beberapa iklan dan
risalah khas.
Jutaan terima kasih diucapkan
kepada seluruh mahasiswa baru dan pasangan mutazawwijin yang sudi meluangkan masa menyambut ziarah
mahabbah yang dilaksanakan di peringkat DPMZ. Segala cadangan yang
dilontarkan amat penting untuk DPMZ supaya terus meningkatkan usaha demi
memastikan seluruh ahli berada dalam keadaan yang baik dari masa ke
semasa.
0 comments:
Post a Comment