Rasulullah
s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t
lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya
Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan
khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada
Al-Hassan Al-Basyry rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t
telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan
bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia
dalam takwim Islam disisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan
melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang
khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Dari
bilangan hari-hari dalam bulan Muharram tersebut sepuluh hari
yang pertama di dalam bulan tersebut adalah lebih afdal. Terdapat
alim ulamak yang mendakwa bahawa ianya adalah 10 hari di dalam
bulan Zul Hijjah yang dengannya Allah s.w.t telah bersumpah
sebagaimana di dalam Al-Quran (surah Al-Fajr ayat 1 &
2). Yang sohih mengenai 10 hari di mana Allah s.w.t bersumpah
dengannya adalah hari dari bulan Zul Hijjah.
Apa
yang diperolehi dari makna hadith abu Bakrah r.a tersebut
adalah di mana Rasulullah s.a.w telah menghapuskan amalan
orang-orang Jahilliyah di dalam mencampur adukkan serta mengubah-ubahkan
kedudukan bulan - bulan haram tersebut dari kedudukan yang
sebenarnya dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t
dari waktu penciptaan langit dan bumi. Semenjak waktu itu,
manusia pun menyambut kedatangan setiap tahun baru dengan
pengiraan bulan-bulan di dalam turutan yang sahih sehinggalah
ke hari ini. Dengan demikian, tanpa sebarang keraguan di dalam
kesahihan (sahnya) amalan haji dalam bulan - bulan yang diketahui
tersebut.
Oleh
yang demikian hadis Abu Bakrah r.a itu bersesuaian dengan
firman Allah s.w.t di dalam surah At Taubah ayat ke 36-37:
maksudnya:-
"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah duabelas
bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia menjadikan langit
dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan)
agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu
di dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin
itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya
dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa.."
::
KELEBIHAN BULAN-BULAN HARAM ::
Daripada
Abu Bakrah (1), sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
maksudnya :
Sesungguhnya
zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit
dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya
empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan
ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Syaaban.
Mengapakah
dinamakan bulan-bulan haram?
Alim
ulamak berselisih pendapat mengenai bulan-bulan ini sebagai
bulan-bulan haram. Iaitu mengapakah ia dinamakan haram?.
Maka
dikatakan bahawa ianya disebabkan kebesaran kehormatannya
sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika ia dilakukan di
dalam bulan-bulan tersebut. Ibnu Abas r.anhuma telah berkata
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t telah menkhususkan ke empat-empat
bulan tersebut sebagaimana ganjaran-ganjaran untuk amalan-amalan
soleh yang dilakukan di dalam bulan-bulan tersebut besar juga.
Dikatakan
juga ianya dinamakan bulan-bulan haram lantaran pengharaman
peperangan dilakukan di dalam bulan-bulan tersebut dan ianya
adalah amat dikenali di masa jahiliah. Dikatakan juga ianya
dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Dikatakan juga oleh
alim ulamak bahawa dinamakan bulan-bulan haram itu dengan
pengharaman peperangan demi ibadat haji dan umrah yang dilakukan
di dalam bulan-bulan haram tersebut. Maka diharamkan bulan
Zulhijjah disebabkan ibadat haji dilakukan di dalam bulan
tersebut. Diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal-bakal
haji melakukan perjalanan ke Mekah di dalam bulan itu. Diharamkan
bulan Muharram disebabkan di dalam bulan itu mereka yang mengerjakan
ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Demikianlah
agar mereka yang mengerjakan ibadah haji merasa aman terhadap
keselamatan diri masing-masing dari mula mereka meninggalkan
kampung halaman dan rumah-rumah mereka hinggalah waktu mereka
kembali semula ke tempat masing-masing setelah mengerjakan
haji tersebut. Manakala diharamkan bulan Rejab tersebut lantaran
ibadat umrah yang dilakukan di dalam bulan tersebut iaitu
pada pertengahan tahun.
Sesungguhnya
Allah s.w.t telah mengesakan supaya menghormati bulan-bulan
haram tersebut dan meninggalkan segala perbuatan maksiat.
Ini adalah disebabkan maksiat yang dilakukan di dalam bulan-bulan
tersebut akan mendatangkan osa yang besar. Kezaliman yang
dilakukan di dalamnya adalah kezaliman yang besar.
Begitu
juga Allah s.w.t telah menjelaskan kepada mereka bahawa perbuatan
mengubah-ubah dan menukar-nukar urusan agama adalah dari kekejian
yang paling dasyat. Ini adalah sebagaimana perbuatan mengundur-undurkan
bulan-bulan haram itu adalah menambahkan kekafiran.Apa yang
lazimnya adalah supaya mereka senantiasa melakukan apa sahaja
yang telah diperintahkan Allah s.w.t, kepada mereka agar mereka
melakukannya dan meninggalakan segala tegahan dan cegahan.
Sumber: Jabatan Mufti Melaka
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Disediakan oleh:
Mohd Amirul Adli Bin Othman
Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2012/2013
0 comments:
Post a Comment