ZAGAZIG, 8
Disember 2012 - Bersempena dengan penangguhan sementara Madrasah Imam Syafi’e
cawangan Zagazig, Unit Pengetahuan dan Pendidikan telah menganjurkan suatu
program berkisar tentang pembentangan kertas kerja Sunnah dan Kesihatan juga
digandingkan dengan sesi Soal jawab Fiqh Perubatan. Ceramah disampaikan oleh
ustaz Akli Ahmad Mat Saman yang dijemput khas dari Iskandariah bagi
membentangkan tajuk ceramah pada hari itu.
Program yang
diadakan ini bertempat di Masjid Salam dengan dimeriahkan lagi dengan kehadiran
para pendengar yang hampir memenuhi ruangan masjid. Majlis bermula pada pukul
7.15 malam dengan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Alif bin Ahmad Mahir. Program
khas ini diadakan sebagai penangguhan kepada Madrasah Imam syafie yang diadakan
setiap minggu pada sebelum ini. Penangguhan sementara ini adalah untuk memberi
laluan kepada para mahasiswa pengajian agama Islam dan pengajian perubatan
membuat persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan sesi pada Disember dan
Januari.
Antara topik
yang menjadi bahan pembentangan pada malam itu adalah jenis kesihatan dalam
islam yang terbahagi kepada kesihatan pencegahan, perawatan, pemakanan dan
sebagainya. Selepas sesi pembentangan yang memakan masa hampir 2 jam, program
diteruskan lagi dengan sesi soal jawab berkenaan fiqh perubatan. Sebelum
program berakhir, penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada Ustaz Akli
oleh pengerusi DPMZ Ustaz Mohd Shobri bin Mat Yaakub.
Sambutan yang
menggalakkan dapat dilihat dari segi kehadiran mahasiswa mahasiswi bumi Zagazig
ini yang memenuhi ruang masjid tidak kira di bahagian ikhwah mahupun akhawat.
Sesi soal jawab juga memdapat respon yang cukup menggalakkan dari mahasiswa,
menunjukkan bahawa persoalan mengenai fiqah perubatan antara permasalahan yang
bukannya kecil untuk dianggap ringan terutamanya oleh mahasiswa perubatan
sendiri. Majlis pada malam itu berakhir pada pukul 9.50 malam.
Disediakan
Unit
Pengetahuan Dan Pendidikan,
Dewan
Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2012/2013
0 comments:
Post a Comment