Wednesday, March 20, 2013

Zagazig, DPM Terbaik 2012

Posted by UPP DPMZ On 9:43 PM No comments

Kaherah, Selasa 19 Mac 2013 - Telah berlangsung Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-80 di Dewan Nadi Madina Nasr Ar-Riadhi Hayyu Sadis, Madina Nasr, Kaherah. Dewan Perwakilan Mahasiswa  Zagazig telah menghantar seramai 15 orang perwakilan ikhwah dan empat orang perwakilan akhawat. Muktamar yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.15 pagi. Majlis perasmian Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-80 tersebut telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik Bin Abd Karim, Ahli Lembaga Penasihat PMRAM. 

Di antara ucapan beliau adalah, "Selama 83 tahun, PMRAM mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan. Hakikatnya PMRAM berdiri di atas jalan kebenaran dengan meletakkan Islam sebagai dasar." "PMRAM bergerak bukan berdasar bayaran. Kesemua aktivisnya bergerak dan berkorban hanya semata-mata untuk melihat Islam dijunjung dan syariat Islam dapat ditegakkan." "Di dalam PMRAM juga, aktivisnya tidak ajar untuk membezakan antara pimpinan, bekas pimpinan dan ahli biasa. Semua bekerja sama rata, sama susah, sama senang."

Sesi pembentangan gerak kerja Badan Pengurus PMRAM bermula pada jam 10.30 pagi, berhenti rehat dan solat zohor pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Kemudian disambung dengan pembentangan Penyata Kewangan PMRAM 2012 yang berakhir pada jam 6.00 petang.

Sesi perbahasan Usul pula bermula jam 7.00 malam yang dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Riduan bin Syed Md Zin, perwakilan dari PMRAM cawangan Kelantan. Usul yang dibawa oleh beliau adalah "Meningkatkan tahap kualiti mahasiswa-mahasiswi melalui : 

1. Pemantapan akademik dan bahasa arab
2. Pemerkasaan kemahiran."

Usul ini telah dibahas dan berakhir dengan persepakatan majoriti perwakilan untuk menyokong.

Setelah selesai sesi perbahasa usul, Muktamar diteruskan dengan penyampaian anugerah khas Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-80 iaitu :

* BKAN Terbaik : PMRAM cawangan Perak
* DPM Terbaik : PMRAM cawangan Zagazig
* Anugerah Emas Ikhwah : Ustaz Ahmad Abu Ubaidah Qurratul A'yun Fauzi
*
Anugerah Emas Akhawat : Ustazah Siti Iziatul Hawa Mohd Yusof
*
Perwakilan Terbaik Ikhwah : PMRAM cawangan Selangor
*
Perwakilan Terbaik Akhawat : PMRAM cawangan Iskandariah

Muktamar pada kali ini berakhir dengan pembubaran Kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2012 dan Pengisytiharan  Kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2013 oleh Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2012. Sesi Muktamar berakhir dengan persembahan kumpulan nasyid PMRAM, Al-Wadi.








0 comments:

Sahabat