Friday, August 9, 2013

Ifthor Jamie : Mengeratkan Silaturahim

Posted by UPP DPMZ On 3:10 PM No comments




ZAGAZIG, 29 Ramadan 1434H - Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah mengadakan ifthor jamie (majlis berbuka puasa) untuk warga Malaysia yang masih berada di Zagazig. Majlis ifthor tersebut diadakan bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall yang bermula jam 6 petang.

Saudara Zulhaiqal bin A.Rahim menjadi khalifah bacaan tahlil menjadi agenda pertama sebelum majlis berbuka puasa. Selesai berbuka ringan solat maghrib berjemaah didirikan beserta takbir raya yang diimami oleh saudara Mohd Amirul Adli bin Othman.

Selepas itu, majlis berbuka puasa dan diakhiri dengan takbir raya beramai-ramai serta perutusan raya Aidilfitri 1434H Presiden Perubatan 2013 yang disampaikan oleh saudara Muhammad Adib bin Omar, Naib Pengerusi  1 Perubatan Cawangan Zagazig.

Semoga ukhuwwah yang dibina kekal berpanjangan dan beristiqamah mengekalkan ibadah pada bulan ramadan serta menambahkan kualiti ibadah pada bulan-bulan yang lain.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”















0 comments:

Sahabat