Sunday, September 1, 2013

Usrah Mantap Pemuda Hebat (UMPH)

Posted by UPP DPMZ On 5:32 PM No comments

ZAGAZIG, 29 Ogos 2013 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah mengadakan ‘Usrah Gabungan Mahasiswa Malaysia Al-Azhar’ di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ 2012/2013 bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall yang melibatkan 26 pelajar.

Usrah ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan ukhuwwah sesama mahasiswa Pengajian Islam baik Fakulti Usuluddin mahupun Fakulti Bahasa Arab dan turut hadir bersama beberapa mahasiswa pengajian Sains Kesihatan yang masih berada di Zagazig.

Program bermula selepas asar dengan merewang dan menyiapkan peralatan membakar. Pembahagian tugas diberikan bagi memudahkan segala persiapan serta aktiviti membakar yang akan diadakan pada malamnya.

Selepas itu, solat maghrib berjemaah serta doa qunut nazilah dan solat sunat hajat diadakan bagi mendoakan kesejahteraan mesir dan membantu orang yang dizalimi serta menghancurkan kezaliman. Selain itu, ia bertujuan mendoakan kecemerlangan mahasiswa Al-Azhar tahun 4 yang akan menghadapi peperiksaan tasfiyah serta natijah-natijah yang masih belum keluar lagi.

Agenda seterusnya gotong-royong membakar ayam dan juga sate daging bagi menu utama jamuan malam itu. Selesai membakar, solat Isyak berjemaah beserta qunut nazilah didirikan dan sedikit tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudara Mohd Shobri Bin Mat Yaakub selaku Pengerusi DPMZ 2012/2013. 
 

Beliau mengharapkan peranan sebagai seorang Al-Azhari perlu ditingkatkan dan juga berharap agar dapat meneruskan pembelajaran di Mesir biarpun berlaku krisis pergolakan.

Akhir sekali, jamuan makan dan sesi bergambar diadakan. Semoga Usrah Gabungan ini diberkati oleh Allah SWT dan akan lebih erat ukhuwwah sesama mahasiswa Malaysia di bumi Zagazig serta menjadikan kita umat Islam yang sentiasa cakna perihal umat Islam di dunia.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

0 comments:

Sahabat