Monday, November 25, 2013

The Way To Allah: Penyucian Hati Syarat Utama

Posted by UPP DPMZ On 3:30 PM No comments



ZAGAZIG, 19 November 2013 - Tarbiyah dan thaqafah sentiasa menjadi antara pembawakan utama DPMZ saban tahun. Bagi merealisasikan agenda tersebut, DPMZ di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan dengan kerjasama Unit Pengetahuan dan Pendidikan telah menganjurkan program motivasi bertajuk 'The Way To Allah' 

Program tersebut bermula pada pukul 8 malam. Istimewanya, program motivasi ini telah disampaikan oleh mantan Pengerusi DPMZ 1993, Ustaz Nasuha Hj Ismail yang juga pengerusi pertama pada ketika itu.
Program yang berteraskan penyucian hati dan rohani ini telah dimulakan dengan alunan qasidah yang dialunkan oleh Saudara Lukman yang turut hadir mengiringi Ustaz Nasuha pada malam tersebut. 

Alunan qasidah pembuka majlis...

Dalam pengisian tersebut, beliau menekankan kepada para hadirin agar menjaga dan memelihara setiap anggota dari melakukan dosa dan maksiat. Hanya dengan hati dan anggota yang suci dapat mencapai redha dan penghambaan yang hakiki kepada Ilahi.

Di samping memberi pengisian rohani kepada para hadirin, beliau juga sempat berkongsi pengalaman beliau sepanjang menuntut ilmu di bumi Anbiya' ini khususnya di bumi Zagazig.

Antara ahli DPMZ yang hadir...

Di akhir program, beliau juga sempat berkongsi zikir-zikir harian yang dapat dijadikan amalan dan pegangan dalam menjalani kehidupan seharian.

Istimewa juga pada malam tersebut, 1 sejarah baru juga telah terukir apabila program ini telah mempertemukan 2 Pengerusi DPMZ yang bernama Nasuha, iaitu Ustaz Nasuha Hj Ismail bersama Pengerusi DPMZ kini, Saudara Muhamad Nasuha Mohd Zakariah.

2 'Nasuha'...

0 comments:

Sahabat