Saturday, February 15, 2014

Diskusi Kitab Penawar Bagi Hati : Tuntutan Islam di dalam Membersihkan Jiwa kepada Penganutnya

Posted by UPP DPMZ On 7:54 PM No comments



ZAGAZIG, 11 Februari 2014 - PMRAM Cawangan Zagazig telah menganjurkan satu Diskusi Kitab yang bertajuk 'Penawar Bagi Hati' siri -1 dibawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan. Kitab berkenaan disampaikan oleh Pengisi yang tidak asing lagi dibumi Zagazig iaitu AF Ust Jamiluddin Murad Al-Yamani. Program tersebut bermula pada jam 8 malam di Zagazig Malaysian Students Hall dan kehadiran warga Malaysia di Zagazig memberangsangkan.


Pengisi menyampaikan berkenaan dengan anggota-anggota zahir yang perlu dipelihara pada peringkat pertama sebelum sampai pada peringkat seterusnya. Menjaga keseluruh anggota zahir daripada perkara mazmumah agar bersih diri zahir dan rohani. Pengisi juga turut menekankan pembelajaran berguru agar ilmu yang dibaca dapat dipandu dengan baik di dalam pengamalan hidup kita sebagai umat Islam.


Selain itu juga, ilmu tasawuf amat penting di pelajari di dalam memelihara diri dari segala bentuk ancaman dalaman mahupun luaran yang berpunca dari syaitan mahupun musuh seumpama dengannya. Prinsip Islam pasti kekal teguh di dalam jiwa seandainya ilmu tasawuf di amati dan dipelajari secara berterusan. Diskusi ini juga akan bersambung pada siri ke-2 di dalam meneruskan penawar sebenar bagi jiwa umat Islam agar terus subur di mana sahaja.


Program tamat sekitar jam 10malam dan hadiah cenderahati turut diberi kepada pengisi oleh Pengerusi DPMZ sesi 2013/2014 saudara Muhamad Nasuha B. Mohd Zakariah tanda penghargaan. Semoga manfaat yang kita perolehi ini akan menjadikan masyarakat di Bumi Zagazig memahami Islam secara baik dan meliputi segala aspek tanpa mengambil manfaat tertentu sahaja. Islam perlu diambil kesemuanya dan bukan sebahagiannya sahaja.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

0 comments:

Sahabat