KAHERAH, 1 Februari 2014 - Sempena cuti
penggal pertama sesi 2013/2014, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah
kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan
‘Jaulah Maarab Kutub Dauli 2014’ kali ke-45 di Kaherah demi memanfaatkan masa
cuti warga Malaysia di Zagazig.
Jaulah Maarad yang menjadi agenda tahunan DPMZ
sememangnya dinanti-nantikan oleh warga Malaysia di Zagazig. Para peserta
jaulah sudah mula berkumpul di Salam Sadnawi sejak jam 7 pagi seperti dirancang
mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Para peserta ikhwah mula bertolak pada
jam 8 pagi manakala peserta akhawat bertolak pada jam 9 pagi.
Kesemua 63 orang peserta jaulah tiba di Maarad Kutub Dauli Kaherah ke-45 pada jam 10.30 pagi dan mereka diberi peluang untuk membeli buku sehingga jam 5 petang. Para peserta akhirnya berkumpul kembali setelah Solat Maghrib dan bergerak pulang ke Zagazig sekitar jam 6.30 malam. Jaulah selamat sampai di Zagazig pada jam 9 malam.
Pihak penganjur berharap jaulah satu hari ke Maarad Kutub Dauli Kaherah ini memberi manfaat kepada semua peserta dan memohon maaf sebarang kekurangan dan kesilapan teknikal sepanjang jaulah ini diadakan. InsyaAllah akan diadakan jaulah seperti ini pada tahun-tahun akan datang sekiranya diizin Allah. Selamat mengisi waktu lapang dengan perkara bermanfaat pada musim cuti ini
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
0 comments:
Post a Comment