Thursday, April 17, 2014

Penangguhan Madrasah Imam Syafie 2014 Sempena Imtihan

Posted by UPP DPMZ On 2:50 PM 1 comment


ZAGAZIG, 15 APRIL 2014 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah melakukan penangguhan Madrasah Imam Syafie sempena imtihan yang bakal dihadapi mahasiswa dan mahasisiwi khususnya di bumi Zagazig. Ia juga selaras dengan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)  yang telah menangguhkan sebarang program di peringkat PMRAM mahupun cawangan pada 14.4.2014.

Madrasah minggu terakhir yang dilakukan adalah Kitab "Agama Pada Zaman Ilmu" yang telah dibentangkan pengisi yang tidak asing lagi di bumi Zagazig, AF Ustaz Solihuddin Mohamad Jahar pada tarikh 13 April 2014. Kitab berkenaan menerangkan serba sedikit berkenaan masyarakat moden menganggap agama tidak wajar dan tidak bersesuaian dengan kini. Namun, kitab ini menafsirkan kepentingan Agama sangat penting dan selari serta menjadi pedoman sepanjang zaman iaitu hanya Agama Islam.


Seterusnya kelas yang telah dilakukan adalah "Tabarruj Siri 2" yang disampaikan oleh Ust Amirul Adli pada minggu yang sama pada 15 April 2014. Ia adalah sambungan pada Tabarruj yang pertama. Bagi siri kedua, ia lebih menerangkan beberapa alasan kaum Hawa di dalam membenarkan Tabarruj. Alasan mereka hanya berlandaskan nafsu dan menolak segala dalil pengharaman Tabarruj. Ia bersalahan kerana ia menentang perintah Allah secara terbuka. Hujah turut dikemukakan pada kitab berkenaan ke atas kaum hawa yang hanya mementingkan nikmat duniawi dan nikmat ukhrawi.

Semoga kita mendapat ilmu dan menyampaikan pada semua masyarakat agar kesedaran itu timbul atas dasar Iman dan Taqwa, bukannya kesedaran yang berkepentingan.


"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

1 comments:

The 8 Best Casinos in The UK (2021) - Mapyro
Find 사천 출장안마 the best casinos, live 당진 출장안마 dealer games, video poker, video bingo and more. Find the 통영 출장샵 latest 광명 출장안마 Casinos in the UK - 공주 출장샵 Play online, mobile,

Sahabat