Monday, April 16, 2007

Salam Maulidurrasul & Salam Imtihan

Posted by UPP DPMZ On 8:35 PM No comments


Assalamualaikum kepada semua warga zagazig..

Kesempatan dibulan yang mulia ini saya ingin mengajak semua ahli DPMZ menghayati serta melaksanakan sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. didalam kehidupan harian kita. Tidak kiralah kita pelajar Al-Azhar, perubatan dan dari mana pun latar belakang kita, wajiblah bagi kita mengikut jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w didalam melaksanakan tuntutan ALLAH supaya segala tindakan kita tidak terpesong dari ajaran yang benar.
Marilah kita hayati firman ALLAH dalam surah Al- Ahzab ayat 21 :

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكرالله كثيرا

Maksudnya : Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi Siapa?

1. Mereka yang mengharapkan ALLAH.
2. Mereka yang mengharapkan akhirat.
3. Mereka yang banyak mengingati ALLAH.

Perlulah bagi kita semua sentiasa mengharapkan rahmat ALLAH dimana saja kita berada, dengan mengharapkan rahmat ALLAH hati kita sentiasa tenang menghadapi segala ujian dan cabaran semasa kita menuntut ilmu disini dan dimana-mana. Kita juga sentiasa yakin terhadap janji-janji ALLAH terhadap orang-orang yang benar-benar mengikut petunjuk Nabi Muhammad s.a.w.

Orang-orang yang mengharapkan akhirat pula sentiasa bersedia menghadapi saat kematian dengan sentiasa melakukan amal soleh : contoh di sini dengan membantu PMRAM, DPMZ, BKAN dengan apa cara sekalipun. Melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar : contoh: menegur kawan2 yang lalai, menegur pimpinan dengan hikmah, tidak sepakat melakukan maksiat. Berjihad menentang musuh ALLAH dengan penuh keberanian: contoh : sanggup berkorban, mengutuk mereka yang mempersendakan hukum ALLAH, menulis dan sebagainya.

Mereka yang sentiasa mengingati ALLAH adalah mereka yang ingat ALLAH dalam keadaan senang atau susah, berkeseorangan ataupun bersama siapa pun, mereka merasakan ALLAH sentiasa hadir dalam diri mereka, mereka yang melakukan solat awal waktu, menghiraukan segala kerja-kerja dunia, contoh : chating, tonton filem2, main game, bersembang, update friendster dan blog dan macam2 lagi.

Mengingati Rasulullah bukan hanya melaksanakan majlis sambutan maulidurrasul, berkhasidah, burdah dan sebagainya. Adalah yang paling penting menyambung perjuagan baginda dengan menegakan kalimah ALLAH diatas muka bumi. Berani mengubah diri dari yang baik kepada yang lebih baik. Sentiasa bersama2 kumpulan yang mengajak kepada ma'ruf dan mencegah mungkar. Perlu kita Ingat bid'ah yang paling besar diatas muka bumi ini ialah tidak tertegaknya negara yang melaksanakan perintah ALLAH. Oleh itu marilah kita bersama2 mengorak langkah mengubah diri dan masyarakat menjadi hamba ALLAH yang diredhoi.

Kesempatan ini juga saya ingin menasihati diri ini dan semua supaya berusaha bersungguh2 untuk hadapi imtihan yang tak berapa lama lagi, perlu kita laksanakan konsep usaha, doa dan tawakkal supaya kita jadi hamba ALLAH yang sentiasa mengharapkanNya. Ketiga2 perkara itu mesti selari, jangan ambil salah satu darinya. Dalam fatrah imtihan ini banyak dugaan yang belaku. Diharapkan semua sabar menghadapi ujian hidup, prihatin terhadap semua ahli bait dan kawan2 jangan amalkan sikap pentingkan diri sendiri, walaupun kubur asing2, jawab sendiri2, tetapi ingatlah orang baik, memberi manfaat pada semua orang.

Akhir kalam salam sejahtera, selamat bertemu kembali, moga ukhuwwah fillah terjalin selamanya..siru ala barakatillah.

Salam Perjuangan :
Pengerusi DPMZ 06/07
Ahmad Zaidan Abu Samah

0 comments:

Sahabat