Zagazig, 27 Okt- Bertempat di Stadium Universiti Zagazig, Futsal Zagazig Championship 2007 telah berjaya dijayakan dengan cemerlang. Sebanyak 5 pasukan menyertai pertandingan di bawah anjuran Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan (UKKS DPMZ) ini. Pasukan terdiri daripada SALAM UNITED FC, ABC123 FC, NO NAME CF, SAAHAH FC dan MANJA FC bertanding bagi merebut hadiah lumayan berupa medal serta piala iringan.Setiap pasukan juga menerima sijil penyertaan beserta hamper.
dimulakan dengan ucapan Pengarah Program, Ust Fahrurazi Ahmad Affandi, di mana antara harapan beliau adalah semoga Futsal Zagazig Championship 2007 ini dapat memberikan suatu kenangan terindah buat pelajar yang bakal kembali ke tanah air. Beliau juga menyeru agar program ini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama pelajar yang masih menuntut di Bumi Zagazig.
Seterusnya perasmian oleh Pengerusi DPMZ sendiri, Ustaz Mumtaz Bin Harun dan Unit
Dua pasukan yang berjaya mendapat tempat teratas dalam peringkat liga beraksi perlawanan akhir, iaitu NO NAME CF (kedudukan teratas) menentang ABC123 FC (kedua teratas). Manakaladua pasukan yang berada di kedudukan ketiga (SALAM UNITED FC) dan keempat (MANJA FC) di dalam peringkat liga akan menentukan pengisi tempat ketiga.
Perlawanan penentu di antara NO NAME CF dan ABC123 FC berlangsung dengan sengit. Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan keputusan penuh perlawanan pasukan ABC123 FC menjuarai dengan 3 gol berbalas 1. Dan bagi perebutan tempat ketiga pasukan SALAM UNITED FC telah membenam MANJA FC dengan jaringan 2-1.
cenderahati telah disempurnakan oleh Mudir Am Stadium Universiti Zagazig.
Semoga pertandingan seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang, kerana ia sememangnya merapatkan lagi ukhwah islamiah dengan mengenali lebih mesra satu sama lain, selain menyihatkan tubuh badan dengan berfutsal.
0 comments:
Post a Comment