Tuesday, July 3, 2007

Muzakarah Berkelompok Fasa II

Posted by UPP DPMZ On 1:31 AM No comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Untuk makluman, Unit Dakwah di bawah Jabatan Fasilitator DPMZ telah merombak kembali beberapa senarai muzakarah berkelompok.Dimana ada sedikit perubahan dari segi pertukaran fasilitator bagi beberapa kumpulan kecil.Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan muzakarah berkelompok serta untuk merealisasikan wehdatul fikr dan wehdatul amal.

Dengan itu,Jabatan Fasilitator berharap agar semua ahli dapat menghadirkan diri pada setiap perjumpaan untuk memantapkan gerak kerja kita dari segi dakwah,amal ijtimaie ,thaqafah dan sebagainya.

Senarai muzakarah berkelompok yang terkini akan diedarkan ke rumah masing-masing dalam fatrah terdekat ini dan akan berkuat kuasa pada hari Jumaat ini bersamaan 6/7/2007.

Semoga kita dapat menyahut seruan tersebut. "Wehdatul Fikr & Wehdatul Amal"

Harap maklum.

Oleh: Jabatan Fasilitator DPMZ 2006/2007

0 comments:

Sahabat