Saturday, October 13, 2007

Gema Hari Raya AidilFitri 07 (GeHaRA 07)

Posted by UPP DPMZ On 11:47 PM No comments

Tanggal 13 Oktober 2007 bersaman 1 Syawal 1428h Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah Unit Sambutan Dan Rehlah telah menganjurkan Majlis Sambutan Gema Aidilfitri (GeHaRA 07) dengan tema kali ini 'Tautan Muhibbah Di Aidilfitri'. Program mega tahunan ini dijalankan bagi merayakan Aidilfitri setelah sebulan menghadapi tarbiah Ramadhan di samping melepaskan rindu berjauhan dari keluarga di Aidilfitri ini.


Program tersebut berlangsung di Dewan Dar As-Salam Al-Aqwa Madinah Salam, Zagazig dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli dengan kehadiran seramai 90 orang antaranya adalah ahli DPMZ yang terdiri daripada Azhari & Tibbiyyin Ikhwah Akhawat serta kehadiran dari Muhafazah lain.


Majlis dimulakan sejak malam raya lagi dengan perutusan Aidilfitri oleh Pengerusi DPMZ disusuli dengan bertakbir di Markaz DPMZ dan di rumah-rumah ahli. Pada awal paginya dimulakan dengan Solat Raya di Stadium Zagazig dan kemudiannya, acara dewan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Program GeHaRA 07 ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Al-Fadhil Ust Husni Genting. Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Ust Zaidan selaku Penasihat 1 DPMZ.


Pada tahun ini bermacam-macam program yang telah diatur dan dijalankan, antara aturcara menarik yang dijalankan termasuklah persembahan dari setiap Kamsis, persembahan dari barisan AJKT, berzanji dan marhaban beramai-ramai. Selain itu, cabutan bertuah, permainan kotak beracun dan hadiah pakaian tercantik juga diselitkan bagi memeriahkan lagi majlis. Tidak ketinggalan aksi spontan dari dua orang pengacara sensasi; Ust Norerman & Ust Hanif, yang mencuit hati tetamu dengan aksi spontan mereka.


Kemeriahan majlis ini diserikan lagi dengan majlis ramah mesra bersama mempelai iaitu Ust Zaidan (mantan pengerusi) dan isterinya Ustzh Wan Azizun (mantan pengerusi Iskandariah) dan juga tayangan 'slide show' kenangan DPMZ sepanjang 06/07 di pertengahan majlis. Majlis disudahi dengan acara bersalam-salaman serta bermaaf-maafan sesama ahli dan kemudiannya menjamu selera jamuan yang telah disediakan. Antara menu menarik pada majlis kali ini termasuklah Nasi Impit, Kuah Kacang, Masak Lodeh, Kari Daging dan Ayam Percik.


Perlu diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program kali ini adalah antara yang berjaya dengan gabungan tenaga baru dan lama terutamanya AJKT, Adhoc Pelaksana di bawah program"GeHaRA 07" dan tidak lupa juga ahli-ahli yang membantu menjayakan program.

Semoga program seperti ini dapat dijalankan
lagi pada masa akan datang. Diharapkan agar ukhuwah yang telah terbina dan terjalin ini terus kukuh dan kekal selamanya. Semoga segala penat lelah dan susah payah kita menjadikan kita muslim yang bertaqwa dan mendapat keredaan dari Allah S.W.T.

0 comments:

Sahabat