Tuesday, August 19, 2008

BROTHERHOOD OF ZAGAZIG STUDENTS 2008

Posted by UPP DPMZ On 4:46 PM No comments

LAPORAN THE BROTHERHOOD OF ZAGAZIG STUDENTS 2008
ANJURAN UNIT KEBAJIKAN DAN TABUNG DERMA DPMZ

Program ini telah diadakan pada hari Khamis,14 Ogos 2008 di Dewan Dar Salam. Objektif program ini ialah sebagai penghargaan untuk para ahli DPMZ yang telah berjasa untuk menjayakan setiap program DPMZ.Majlis dimulakan pada jam 9 malam dengan upacara perasmian oleh wakil Badan Pengurus yang merupakan BP Angkat bagi DPMZ iaitu Ustaz Aizuddin Aznan.Di dalam ucapannya,beliau mengingatkan para hadirin supaya menggunakan peluang yang ada di bumi anbiya` ini untuk menyertai program yang dianjurkan persatuan serta menjadi sebahagian daripada AJK Pelaksana Program supaya pengalaman berpersatuan dapat digunakan untuk menghadapi masyarakat pada masa akan datang dan mendisiplinkan diri.Selepas itu, diadakan pula tayangan slide show mengenai aktiviti DPMZ sepanjang sesi 2007/08.
Program ini dimeriahkan lagi dengan gelagat 2 Pengacara Majlis iaitu Ahmad Shah dan Hazri Sarman.Sijil penghargaan untuk seluruh AJK program sepanjang sesi 2007/08 telah disampaikan oleh Ustaz Azizuddin Aznan sementara sijil untuk unit AJK kecil DPMZ telah disampaikan oleh Ustaz Mumtaz.Anugerah Bait Mithali untuk sesi ini dimenangi oleh rumah Fizree Abu Bakar/Hirzi sementara penerima Anugerah Tunas Harapan ialah Rosdi Latif dan Muhammad Zuhaili.Anugerah Jasamu Dikenang pula dianugerahkan kepada Ustaz Najib Hanafiah yang terkenal dengan masakannya dan Ustaz Zulkifli yang terkenal dengan seni kreatifnya.Anugerah Tokoh Kepimipinan pula diterima oleh Ustaz Mumtaz Harun,Pengerusi DPMZ sesi 2007/08.
Jamuan diadakan selepas upacara penyampaian sijil dan anugerah pelajar tamat.Pihak DPMZ berharap para ahli dapat berbakti kepada persatuan pada masa hadapan dan mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa para ahli.

Disediakan oleh :
Muhammad Zuhaili Zanal Ali
Setiausaha Brotherhood of Zagazig Students 2008,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2007/2008

0 comments:

Sahabat