Thursday, August 7, 2008

LAPORAN EKSPEDISI MATRUH SIWA ZAGAZIG (EMASZ) 2008

Posted by UPP DPMZ On 3:43 PM No comments

LAPORAN EKSPEDISI MATRUH SIWA ZAGAZIG (EMASZ) 2008




Tanggal 8,9,10 Julai 2008 Unit Sambutan Rehlah DPMZ telah mengadakan rehlah ilmiah ke Mersa Matruh dan Siwa.Program yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai seramai 27 orang peserta.Rehlah yang bertemakan ‘Rehlah Starehkan Minda’ ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa cuti disamping dapat mengeratkan silaturahim antara pesertaBermula jam 12.00 malam para peserta telah memulakan perjalanan ke Matruh dengan menaiki coaster.Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Murshid selaku pengarah program untuk rehlah kali ini.Pada jam 3.00 petang para peserta telah tiba ke matruh dan berehat sebentar sambil menikmati hidangan makan tengahari di hotel penginapan.kemudian selepas menikmati makan tengahari,para peserta telah dibwa untuk melawat Hamam Cleopatra dan Teluk Ajibah pada sebelah petangnya dan diakhiri dengan lawatan ke Souq Libya untuk tempat terakhir lawaatan untuk hari yang pertama.
Seawal pagi hari yang kedua ekspedisi lebih menjurus kearah lawatan ke Siwa.Perjalanan yang dijangka mengambil masa 4jam untuk ke Siwa telah tiba ke tempat lawatan.Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati di Siwa seperti Jabal Mauta,Kolam Cleopatra,Kota Lama Siwa,Kubu Iskandar Zulkarnain,Kuil Maabad Amon.Peserta EMASZ 08 telah dibawa untuk melawat semua tempat tersebut untuk rehlah pada kali ini.Lawatan di Siwa diakhiri dengan setiap para peserta membeli kurma dan minyak zaitun yang menjadi aset utama para penduduk di Siwa.Hari terakhir ekspedisi kali ini diakhiri dengan aktiviti riadah di Pantai Ghuram dengan dipenuhi dengan aktiviti seperti bola sepak pantai,tarik tali dan diakhiri dengan para peserta bermandi-manda di pantai tersebut.Selepas semuanya selesai para peserta telah bertolak pulang ke Zagazig dengan penuh kepenatan dan keletihan yang jelas tergambar di riak wajah mereka semua.Semoga rehlah kali ini dapat memberi sesuatu ilmiah disaamping dapat mengeratkan silaturahim antara para peserta yang menyertai ekspedisi pada kali ini.Moga ikatan yang dibina sebelum ini dapat diteruskan sampai bila-bila.

0 comments:

Sahabat