Saturday, September 6, 2008

PENGERUSI 2007/2008: UTUSAN WACANA FIKRAH BUAT AHLI DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 12:30 AM No comments

Bismillah, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, alhamdulillah bersyukur kepada Allah tuhan sekalian alam, dengan kesyukuran yang tidak terhingga dirafa’kan buat Allah yang juga tuhan semesta alam ini, menjadikan kesatuan ummat kini sebagai medan pengabdian diri kepadanya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan besar Muhammad S.A.W, yang menyatukan ummat manusia dibawah naungan lembayung Rabbul Izzati, serta doa buat para sahabat dan pencinta tauhid, jalan yang lurus penuh barakah


Sebagai hamba Allah, marilah kita mensyukuri nikmat yang melimpah dari yang esa, diatas nusrah agung darinya, yang memberi kesedaran islam kepada hambanya, serta syukur masih kita dalam lingkungan dan naungan hidayah Al-Rahman


Buat ahli DPMZ yang dikasihi sekalian, dimaklumi Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ akan berlangsung tidak lama lagi, pada September 11 2008, Pemilihan Ahli jawatankuasa Tadbir DPMZ kali ini yang khabarkan mempunyai pemilihan calon/pengundian hendaklah dihargai sewajarnya. Kebebasan mengundi ini perlu difahami dengan sebaiknya, memilih calon terbaik merupakan satu kemestian dan tak telanjur boleh dikatakan satu kewajipan didalam memilih, pilihan mestilah berdasarkan kepentingan kesatuan islam dan ciri-ciri pejuang yang wujud pada calon menjadi teras utama pilihan, bukan memilih diatas kepentingan yang tidak menguntungkan pentadbiran perjuangan islam. Ini demi memastikan kesinambungan pentadbiran yang berteras perjuangan dasar Al-Quran dan Al-Sunnah terbela. Justeru Mesyuarat agung kali ini diadakan demi memperkemas perjuangan islam, iaitu perjuangan menuju keredhaan Allah, bukan mesyuarat sekadar memenuhi agenda tahunan


Seruan kepada seluruh ahli DPMZ, agar dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri didalam mesyuarat agung tahunan DPMZ pada tarikh yang tersebut dan seterusnya tunaikanlah tanggungjawab mengundi dan pilihlah calon yang terbaik demi kelangsungan DPMZ yang lebih cemerlang diwaktu mendatang


Mesyuarat agung DPMZ kali ke -15 ini diadakan demi menjayakan wawasan agung menuju mardhotillah, kearah memperkasa kesatuan Ahli iaitu kesatuan kearah dustur ilahi, serta diantaranya demi melahirkan individu ahli punyai kefahaman, keikhlasan, pengamalan, perjuangan, pengorbanan, ketaatan, kecekalan, pengabdian, ukhuwah dan kesetiakawanan, serta kepercayaan yang kesemuanya ini hanya kerana harakat menuju redha Allah. Seterusnya memastikan perencanaan dasar islam terbela dan terlakasana. Bermulanya dari latihan kesatuan kemahasiswaan dan seterusnya mampu terjun ke medan sebenar (Malaysia) kelak dengan berbakti untuk agama, bangsa, negara dan dunia


Usul “Kebersamaan kepimpinan dan ahli perlu dalam memastikan keberjayaan dan kesatuan DPMZ dari segi kelangsungan: 1) Ukhuwah 2) Thaqofah dan ilmu 3) Tarbiah 4) Ekonomi, terlaksana“ Usul berkenaan ukhuwah perlu diperhebat misalnya ukhuwah diantara sesama azhari dan antara azhari dengan pelajar medic/perubatan zagazig, ia gambaran awal melatih kita untuk bersatu didalam segenap aspek kehidupan didalam menepis kepincangan yang dikehendaki pihak musuh islam, thaqofah dan ilmu perlu diperhebat tidak kira azhari mahupun pelajar medic/perubatan perlu memantapkan lagi penguasaan bidang masing-masing dan tidak terlepas juga penguasaan ilmu luar bidang(ilmu sampingan) supaya kita mengatahui corak kehidupan yang islam tuntut serta dapat menyumbang untuk masyarakat dan mengamalkannya demi memartabadkan dustur/undang-undang dan menghindar dari ancaman dunia global, dengan ianya boleh mengimbangi kestabilan islam dan masyarakat global, maka tidak akan berlaku penindasan terhadap ummat islam, begitu juga dengan tarbiah, melahirkan kesedaran islam didalam diri kita mengenal dan menegakkan amal ma’ruf dan nahi mungkar, serta ekonomi dipermantapkan untuk mengajar kita tidak hanya mengharapkan bantuan pihak luar mahupun terikat berlebih-lebih lagi dengan pihak berkepentingan, maka itu kita memerlukan perlaksanaan kesemuanya ini melalui kebersamaan, untuk kepentingan islam. Usul ini dibawa diperingkat persatuan agar dapat memberi manfaat buat kita semua sama ada disini mahupun apabila telah berada dimedan kehidupan mendatang. Diharap ianya (usul) tidak hanya pembawakan sekadar agenda setahun, bahkan ia perlu diperkasakan dari hari ke hari, tahun ke tahun, demi kejayaan islam


Kejayaan islam hanya akan terbina dengan konsep empat perkara ini: 1) Tashkilu Syakhsiyah/Membentuk peribadi insan mulia 2) Tablighu Dakwah/Penyampaian dakwah 3) E’dadu Quwwah/Penyediaan kekuatan 4) Bina’u Daulah/Membena Negara berdasarkan islam sebenar. Keberlangsungan islam perlu kepada penyusunan yang rapi


“ Al-Haqu Bila Al-Nizom, Yanglibul Batil Binnizom ”

Perkara yang haq sekiranya tanpa perancangan, akan dikalahkan oleh kebatilan/kemaksiatan yang berperancangan


Justeru itu, DPMZ bergerak dengan cuba memastikan sebarang usaha kegiatannya untuk memberi manfaat kepada seluruh ahli, supaya kita mempunyai sistem yang baik didalam hayat ini sama ada dari segi pembelajaran, keilmuan, pengetahuan, kesedaran, kemasyarakatan, dan lain-lain. Merupakan peranan kita untuk merubah kepada yang lebih baik demi islam dalam persatuan sama ada kepimpinan mahupun ahli, perlu diamati oleh kepimpinan dan ahli itu sendiri akan tanggungjawab masing-masing


Sahabat serta sohabiah yang dirahmati allah, apa yang diungkapkan didalam wacana fikrah ini, merupakan pembawakan DPMZ untuk seluruh ahli, ianya tidak akan terlaksana dengan hanya setahun pembawakan, maka ini memerlukan usaha berterusan diperingkat kepimpinan dan ahli, bersama dalam memastikan islam terlaksana diperingkat mahasiswa/siswi kita dizagazig buat awalnya. Sekali lagi diungkapkan, hadirkanlah diri didalam Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ pada September 11 2008 nanti, dengan mengusulkan idea yang bermanfaat, hadir untuk menyumbang buah fikiran,tenaga, kometmen, dan lain-lain untuk keizzahan DPMZ lebih kehadapan.kometmen anda masa depan DPMZ


Akhirnya, jutaan kemaafan dipinta, kepada seluruh ahli diatas segala kesilapan dan kekurangan yang ada pada paparan corak pimpinan tahun ini dibawah pimpinan saya dan seluruh AJKT Sesi 2007/2008. Moga jentera DPMZ pada saat mendatang , berjalan dengan lebih “ Gah” perlaksanaanya dan keutuhannya kearah memperkasakan kesatuan demi kelangsungan tuntutan ilahi



" BERSAMA MU DPMZ KEARAH MEMPERKASA KESATUAN DAN AMAL "


Salam perjuangan

Muhamad Mumtaz Bin Harun

Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig

Sesi 2007/2008

Sumber: Jihadislami.blogspot.com

0 comments:

Sahabat