Jumaat, 27 Ogos 2009 : DPMZ telah mengadakan Majlis Iftor Jamai`e bersama Dewan Perwakilan Daerah Indonesia (DPD-PPMI) dan mahasiswa Thailand di Markaz DPD-PPMI.Program ini adalah anjuran bersama persatuan mahasiswa dari ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand dengan bermatlamat untuk menautkan ukhuwwah mahasiswa Islam Nusantara sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.Para mahasiswa mula memenuhi ruang markaz DPD-PPMI sekitar jam 6 petang.Para hadirin beramah mesra sesama mahasiswa yang terdiri dari latar belakang negara, keturunan serta pengajian yang berbeza.Majlis Iftor bermula pada jam 6.25 petang setelah seruan azan berkumandang.Para mahasiswa menggunakan nampan(talam dalam Bahasa Melayu) untuk makan bersama di dalam jumlah 5 orang bagi setiap kumpulan.Juadah rendang daging yang disediakan amat istimewa dan kelazatannya ditambah dengan kemanisan ukhuwwah sesama mahasiswa.Akhawat pula berbuka puasa di Dewan Dar Salam.DPMZ berharap program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada para mahasiswa Islam Nusantara untuk bersama-sama menggembleng kekuatan Islam pada masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment