Sunday, February 21, 2010

Kolokium Ilmuan PMRAM (Q) Siri Pertama Membentuk Generasi Dai`e Berwawasan

Posted by UPP DPMZ On 5:06 PM No comments

 Khusyuk..... peserta mahasiswa menumpukan sepenuh perhatian kepada pengisian yang 
diberikan penceramah
DEWAN DAR WEHDAH, 14 FEBRUARI 2010 : Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ telah menganjurkan Kolokium Ilmuan PMRAM siri pertama yang dirasmikan oleh Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain, Program yang bermula jam 10.00 pagi ini telah dihadiri lebih dari 90 orang peserta dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
 
 Kalam pembukaan..... BP PMRAM Us Farkhan Md Zain merasmikan majlis

 
 Menarik..... peserta mahasiswi tertarik dengan persembahan slaid yang dihidangkan

          Kolokium Ilmuan PMRAM kali ini telah dilangsungkan dalam tiga slot utama, bermula dengan diskusi kitab "Apa Erti Saya Menganut Islam" yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Zuhaili bin Saiman, kemudian disusuli dengan perbentangan kertas kerja "Konsep Syahadah dan tuntutannya" dalam bentuk Talk Show oleh Ustaz Ahmad Zaidan bin Abu Samah. Selepas Solat Maghrib slot terakhir dimulakan iaitu pembentangan kertas kerja "Tarbiyah Ruhiyah dalam membentuk generasi berwawasan" dalam bentuk forum oleh Ustaz Mohd Mujahid bin Hj Mohd Fadzil dan Ustaz Mohd Hanif bin Harun.
 
Daftar..... AJK Pelaksana sedang giat mencatat pendaftaran
 
 Meriah..... ramai mahasiswi menyertai Kolokium Ilmuan Siri 1

            Program yang menggabungkan antara pelajar Pengajian Islam dan Perubatan ini telah berjalan dengan baik dan berakhir pada jam 9.00 malam. Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ mengucapkan terima kasih kepada seluruh AJK Pelaksana dan peserta yang mengikuti program ini. Penglibatan seluruh mahasiswa Pengajian Islam mahupun Perubatan terutama mahasiswa-mahasiswi tahun satu amatlah diharapkan, Insyaallah UDPI DPMZ akan meneruskan Kolokium Ilmuan siri kedua dalam Festival Zagazig 10 yang akan dilangsungkan pada bulan Mac ini.
 Majlis Perasmian..... Pengarah (duduk kiri) bersama-sama perasmi majlis dan Pengerusi DPMZ

Forum..... bersama ahli panel Us Mujahid Fadzil dan Us Hanif Haron

0 comments:

Sahabat