Wednesday, February 24, 2010

Zagazig 2 Tanta 1.....

Posted by UPP DPMZ On 10:45 AM No comments

 

ISTAD TANTA, TANTA, SELASA, 23 FEBRUARI 2010/9 RABIUL AWWAL 1431H : Skuad Bola Sepak Kuda Putih Zagazig telah menentang juara bertahan Piala Presiden PMRAM, skuad Tanta di dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di bandar Tanta.Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan Skuad Kuda Putih bagi menghadapi Kejohanan Piala Presiden PMRAM
yang bakal diadakan di Kaherah pada 1-4 Mac nanti.Skuad Zagazig hanya membawa 12 orang pemain bagi perlawanan kali ini kerana beberapa pemain sedang mengalami kecederaan serta demam.

           Perlawanan berlangsung dengan aksi serangan balas dari kedua belah pasukan akan tetapi Skuad Zagazig lebih bernasib baik apabila berjaya mengambil peluang yang terhidang dengan ledakan gol pertama oleh penyerang Fahmi Odeni.Selepas itu, pemain tengah Amir Izzat pula menghukum kealpaan benteng lawan dengan tandukan yang seterusnya menjadikan kedudukan 2-0.Skuad Tanta yang mendapat jolokan "Fursan Tantawi" cuba bangkit semula dengan menyusun semula pergerakan taktikal pasukan mereka akan tetapi beberapa percubaan bahaya daripada mereka berjaya diselamatkan penjaga gol, Maarof Yusof.Skuad Tanta akhirnya menjaringkan gol sagu hati pada minit terakhir perlawanan.Kemenangan ini merupakan yang kedua dalam 3 pertembungan sepanjang 2009-2010.Skuad Zagazig seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan di Zagazig pada Februari 2009 serta menewaskan skuad Tanta 3-0 pada aksi Suku Akhir Piala Malaysia 2009.

Senarai pemain :
Zainullah Pauziy, Amir Izzat, Shaher Hakim, Fahmi Odeni, Maarof Yusof (PG), Solehuddin Sulong, Shahmie, Zaid Nailul Morad, Ainol, Nik Zakir, Afandi Sulaiman, Abrar.

Pengurus :
Maarof Yusof

0 comments:

Sahabat