Saturday, September 5, 2009

DPMZ Merintis Hubungan Luar Bersama DPD-PPMI Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 11:25 AM No comments

 
Barisan wakil AJKT DPMZ sedang berbincang dengan barisan Pengurus DPD-PPMI Zagazig mengenai  masa depan Mahasiswa Islam kedua-dua belah negara
 
DEWAN DAR SALAM, Khamis, 3 September 2009 : DPMZ telah mengorak langkah baru dalam hubungan dengan persatuan luar negara apabila mengadakan perjumpaan dengan barisan saf kepimpinan Dewan Pengurus Daerah Indonesia (DPD-PPMI) cawangan Zagazig pada jam 10.00 malam.Barisan AJKT DPMZ telah diketuai oleh Pengerusinya iaitu Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin dan barisan kepimpinan Pengurus DPD-PPMI Zagazig diketuai oleh Ketuanya iaitu Ustaz Ekta Yoda Perdana.Perjumpaan ini telah membincangkan beberapa isu penting dalam usaha untuk memantapkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah persatuan yang mewakili negara masing-masing.Antara perkara yang dibincangkan ialah program yang boleh dianjurkan bersama oleh kedua-dua belah pihak seperti program berkaitan ilmiah, pemantapan akademik, kejohanan sukan serta acara kebudayaan.Sesungguhnya, hubungan dua hala ini amat penting dalam menjana kesatuan ukhuwwah di kalangan mahasiswa Islam Nusantara dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam banyak bidang yang amat penting bagi mahasiswa terutamanya bidang thaqafah dan akademik.DPMZ berharap segala perancangan yang telah dibuat bersama DPD-PPMI Zagazig dapat memberikan natijah terbaik dalam usaha memartabatkan Islam sebagai ad-din yang syumul.Insya Allah.
 

0 comments:

Sahabat