Tuesday, September 22, 2009

Penghayatan Ramadhan 2009/1430H : Majlis Penutup & Khatam Al-Quran

Posted by UPP DPMZ On 10:49 AM No comments

DEWAN DAR SALAM, 17 September 2009 : Majlis Penutup Program Penghayatan Ramadhan 2009/1430H Dan Khatam Al-Quran telah diadakan dan telah dihadiri oleh 100 orang hadirin yang terdiri dari kalangan mahasiswa lama dan baru.Majlis ini merupakan penutup bagi Penghayatan Ramadhan 2009/1430H yang telah diadakan dengan jayanya sepanjang bulan Ramadhan.Majlis bermula selepas Asar dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh para ahli DPMZ yang telah menyertai Tadarrus Al-Quran sepanjang Ramadhan.Iftor Jamaie pula menyusul selepas itu.Majlis Penutup bermula selepas solat Maghrib berjemaah dan disempurnakan oleh Badan Pengurus Angkat bagi Zagazig iaitu Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh.Di dalam ucapannya, beliau menekankan para ahli mengenai kemestian untuk mengambil berat mengenai isu-isu umat Islam serta menjadikan Ramadhan yang telah dilalui sebagai madrasah untuk mendidik jiwa sebagai manusia yang beriman kepada Allah.Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.Majlis "Bersama BKAN" telah diadakan bersama mahasiswa baru.Majlis ini bertujuan untuk memberi pengenalan dan penerangan mengenai Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) kepada mahasiswa Perubatan baru.Program ini telah berjaya memberikan kesempatan kepada mahasiswa baru untuk membuka jalinan ukhuwwah bersama seluruh mahasiswa Mesir dari negeri masing-masing.DPMZ berharap para ahli mendapat manfaat serta kebaikan daripada program yang diadakan sepanjang Ramadhan kali ini.Ramadhan Karim Allhu Akbar.

0 comments:

Sahabat