Tuesday, September 1, 2009

Penghayatan Ramadhan 2009/1430H : Sehari Bersama BP PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 3:26 PM No comments

DEWAN DAR SALAM, Sabtu, 29 Ogos 2009 : Majlis Sehari Bersama Badan Pengurus PMRAM telah diadakan pada tarikh ini.Ustaz Muhd Farkhan Md Zain dan Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh telah hadir ke program ini selaku BP Angkat bagi DPMZ.Majlis telah dimulakan pada jam 6 petang dengan bacaan Yassin berjemaah yang telah diketuai oleh Ustaz Khairuddin.Para ahli telah memenuhi ruang dewan sebelum majlis berbuka puasa diadakan.Selepas itu, majlis berbuka puasa diadakan dan para ahli kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah.Pada jam 7.30 malam, Ustaz Farkhan Md Zain telah mendiskusikan sebuah kitab berbahasa Melayu yang bertajuk "Puasa Dan Iktikaf".Kitab ini ialah hasil karangan salah seorang Badan Pengurus PMRAM iaitu Ustaz Muhammad Zuhaili Saiman dan setiap keuntungan akan dimasukkan ke dalam Dana Syaqah PMRAM.Ustaz Farkhan telah memberi kupasan mengenai bulan Ramadhan, kewajipan berpuasa ke atas umat Islam, perkara-perkara penting mengenai puasa dan fiqh puasa.Beliau juga mengupas mengenai kaedah rukyah hilal (melihat anak bulan) iaitu suatu perbahasan yang penting dalam menentukan tarikh berpuasa Ramadhan.
          Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Isyak serta solat Tarawih berjemaah.Para ahli kemudiannya berehat sebelum menunaikan Qiamullail pada jam 2.30 pagi dan bersahur.Selepas menunaikan solat Subuh berjemaah, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh memberikan Kuliah Subuh.Beliau bayak memberikan peringatan kepada para hadirin mengenai keperluan bagi setiap individu Muslim untuk bermuhasabah diri untuk melihat segala amalan kebaikan serta perbuatan yang dilakukan sepanjang Ramadhan.Beliau juga menekankan para hadirin supaya sentiasa peka terhadap isu semasa yang membabitkan umat Islam serta penghinaan terhadap Islam yang banyak berlaku kebelakangan ini seperti kes sebatan terhadap Kartika dan isu penghinaan Sisters In Islam (SIS) terhadap perlaksanaan Perundangan Syariah di Malaysia.Beliau mengharapkan para ahli DPMZ hidup bersatu-padu dan memastikan tiada perpecahan yang berlaku di kalangan mahasiswa Mesir.DPMZ berharap program ini dapat meningkatkan thaqafah para ahli serta meribat ukhuwwah sesama ahli demi menjulang martabat Islam.

0 comments:

Sahabat