Friday, October 2, 2009

Futsal Rakan Muslim-Smart Circle Gabungan Syawal 1430H/2009

Posted by UPP DPMZ On 11:58 AM No comments


Para peserta Futsal Rakan Muslim-Smart Circle Gabungan bersama-sama meneguhkan ukhuwwah



ISTAD GAM`AH, 25 September 2009/6 Syawal 1430H : Sukan Futsal Rakan Muslim-Smart Circle Gabungan anjuran bersama Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan dan Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan telah diadakan dengan mendapat penyertaan daripada sekitar 100 mahasiswa Zagazig yang terdiri daripada mahasiswa Al-Azhar dan Perubatan dengan bermatlamatkan tautan ukhuwwah di hari lebaran.Acara bermula pada jam 7 pagi.Program ini disertai oleh 6 kumpulan mahasiswa Perubatan serta 4 kumpulan mahasiswa Pengajian Islam.Perlawanan dijalankan secara liga di dalam 2 buah kumpulan.Setelah semua perlawanan liga berlangsung, perlawanan Separuh Akhir berlangsung dengan menemukan pasukan terbaik dari setiap kumpulan.Perlawanan Separuh Akhir 1 dimenangi oleh Pasukan 8 yang menewaskan Pasukan 1 melalui gol perak pada masa tambahan dengan jaringan 2-0.Pasukan 10 pula menumpaskan Pasukan 7 dalam saingan Separuh Akhir 2 dengan jaringan 3-0.Perlawanan Akhir yang menemukan Pasukan 8 dan Pasukan 10 berlangsung sengit dengan aksi serangan balas daripada kedua-dua belah pasukan.Akan tetapi, Pasukan 10 telah berjaya beraksi dengan cemerlang untuk menumbangkam Pasukan 8 dengan jaringan 2-0.Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh selaku BP Angkat bagi Zagazig.Di dalam ucapannya, beliau menyatakan akan kepentingan meneguhkan ukhuwwah sesama mahasiswa serta menjadikan sukan sebagai medium untuk melahirkan Muslim yang cergas dan cerdas.Hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh beliau kepada seluruh wakil pasukan yang menyertai program ini.Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi.DPMZ berharap para ahli dapat meneguhkan ukhuwwah sesama ahli sempena hari lebaran.

Pasukan 10 yang dibarisi pemain veteran Zagazig memenangi pertandingan


Para peserta sedang menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung

Aksi menarik perlawanan Akhir

0 comments:

Sahabat