Thursday, December 3, 2009

Buku Yang Mesti Anda Miliki !!!

Posted by UPP DPMZ On 4:41 PM 1 comment


2 buah buku baru terbitan Pustaka Darul Aman Mesir dengan izin terbit daripada PMRAM telah berada di Kedai DPMZ sekarang.Kedua-duanya adalah karya milik Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi.

1)Judul Buku : Biografi Bercahaya Muhammad Rasulullah SAW
   Pengarang  : Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi  
    Terbitan     : Pustaka Darul Aman Mesir

   Izin Terbit  : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
    Harga        : LE 40




Karya ini adalah "karya mesti milik" bagi setiap Muslim yang mencintai Rasulullah SAW dan ingin mengetahui jejak perjalanan Rasululullah SAW sepanjang hayat Baginda SAW.

Buku ini mengandungi :
a)Sirah Agung Rasulullah SAW
b)Gambar tempat-tempat yang pernah diduduki atau yang berkaitan dengan Rasulullah SAW seperti tempat lahir Baginda, rumah Baginda serta Biara Buhaira di Busra Syam yang menyaksikan tanda-tanda kenabian Rasulullah SAW.
c)Makam Rasulullah SAW dan keturunannya
d)Percubaan Orang Kristian mencuri Jasad Nabi SAW
e)Nabi SAW diracun
f)Kisah Nabi SAW ketika menghampiri ajal dan kewafatan Baginda SAW
g)Gambaran keadaan Rumah Nabi SAW

2) Judul Buku : Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman
    Pengarang  : Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi

    Terbitan     : Pustaka Darul Aman Mesir

     Izin Terbit : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
    Harga        : LE 40

 Karya ini berkisar mengenai catatan perjalanan penulis ke Hadhramaut, Yaman iaitu sebuah bumi yang telah melahirkan jutaan ulama di seluruh dunia.Mengikut catatan Sejarah Melayu, Islam telah disampaikan ke Tanah Melayu melalui pendakwah Yaman dari golongan Sayyid dan Syarif yang digelar Alawiyyin.tanpa kedatangan mereka sudah tentu masyarakat Muslim Malaysia pada hari ini tidak mengenal Allah dan RasulNya.

Antara bahan menarik di dalam karya ini :
a)Sejarah Hadhramaut dalam melahirkan ulama murabbi agung
b)Biografi ulama-ulama Yaman yang agung
c)Kisah Nabi Hud AS di Hadhramaut
d)Kelebihan ulama Yaman dalam hadis Rasulullah SAW
e)Ulama Yaman menyebarkan Islam ke Tanah Melayu

Jadikan kedua-dua karya ini sebagai bahan bacaan kita supaya kita lebih mengenali makna menjadi seorang Mukmin yang sejati.Semoga Allah memberikan anda ganjaran kebaikan kerana berusaha untuk mengenali dan mencintai Rasulullah SAW dan para ulama agung.
Dapatkan karya ini di Kedai DPMZ, Markaz DPMZ Salam dengan segera kerana stok adalah terhad.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bendahari DPMZ, Us Muhammad Lokman Sulaiman (011-1235115).

Disediakan oleh : Unit Ekonomi DPMZ 2009/2010 

1 comments:

salam.. ustaz, jual la kitab hadis2 sahih..

org suka dgr kita bercerita ttg hadis kan..

n kitab riyadhus solihin versi jawi ke..

saja bagi idea, walaupun saya x sempat nak baca semua

syukran jazeelan

Sahabat