Friday, February 26, 2010

Berita PMRAM : Mangsa Kemalangan Diberi Perhatian

Posted by UPP DPMZ On 7:17 PM No comments

 
Prihatin..... Dr Zulkarnain (kiri) bersama-sama Naib Presiden 3 PMRAM, Us Zuhaili Saiman dan Ketua Badan Ekonomi PMRAM Us Azlan Alias

Zagazig, 20 Februari 2010 : Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman sambil ditemani Saudara Nik Rosdi, Ketua Lajnah Muhafazah dan Saudara Azlan Alias, Ketua Badan Ekonomi, telah menziarahi salah seorang mangsa kemalangan yang berlaku di salah satu kawasan di Zagazig. Mangsa tersebut merupakan salah seorang mahasiswa perubatan cawangan Zagazig.


Saudara Zulkarnain, beliau merupakan mahasiswa Perubatan cawangan Zagazig yang berasal dari Melaka menjelaskan bahawa, kemalangan tersebut berlaku ekoran daripada van sewa yang dinaiki oleh beliau berserta beberapa rakan kuliah yang lain terbabas kerana dipercayai mahu mengelak daripada bertembung dengan sebuah teksi. Mereka sekumpulan menyewa sebuah van bagi menghadiri seminar perubatan di Kaherah. Diberitakan juga bahawa, kenderaan yang mereka sewa itu terlibat dalam kemalangan, sebelum sempat untuk keluar dari kawasan Zagazig. Dalam kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan bahu dan pemandu kenderaan tersebut, mengalami kecederaan di pergelangan tangan.

Lawatan tersebut diadakan di rumah mangsa bagi mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan dengan peristiwa kemalangan tersebut. Mangsa juga yang kehilangan pasport akan ke Balai Polis bersama-sama Pengerusi PMRAM cawangan Zagazig, Us Hanif Jamaluddin bagi membuat aduan bertulis pada keesokan harinya. Menurut mangsa juga, beliau akan ke Kaherah bersama-sama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri Melaka bagi menguruskan permohonan pasport sementara bagi memudahkan beliau pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum berpisah, Saudara Zuhaili sempat menghulurkan sedikit sumbangan kebajikan berbentuk wang bagi meringankan sedikit beban untuk kos rawatan mangsa kemalangan tersebut.

sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat