Wednesday, February 3, 2010

Dewan Baru DPMZ !!!

Posted by UPP DPMZ On 1:57 PM No comments

 Ceria... Pasukan "Pembersih Dewan" gembira selepas misi berjaya

MANSYIAH SALAM, ZAGAZIG, 31 JANUARI & 1 FEBUARI 2010/16 & 17 SAFAR 1431H : Syukur Alhamdulillah, akhirnya DPMZ telah berjaya mendapatkan sebuah dewan di kawasan Mansyiah Salam setelah perbincangan bersama tuan rumah membuahkan hasil.Dewan ini pada asalnya merupakan sebuah garaj dan terletak berhampiran dengan kawasan pertanian dan beberapa imarah yang menjadi kediaman ahli-ahli DPMZ dari kalangan ikhwah.

           Oleh itu, DPMZ telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama sekitar 16 orang ahli DPMZ serta seorang tetamu dari Malaysia iaitu Encik Ramli .Beliau sedang menziarahi anaknya yang melanjutkan pelajaran di dalam Fakulti Perubatan Universiti Zagazig.Aktiviti gotong-royong bermula pada jam 8 pagi .Para ahli berkumpul serta membawa kelengkapan membersih seperti penyapu dan penolak air.Para ahli yang hadir memerah segala keringat untuk membersihkan garaj yang akan dijadikan dewan bagi kegunaan segala program DPMZ yang bakal memberikan manfaat kepada seluruh ahli.Aktiviti ini juga disertai oleh tuan rumah tersebut yang jelas agak gembira dengan kehadiran ahli DPMZ yang ramah dengan penduduk tempatan.Gotong-royong berakhir pada jam 11 pagi.
          Pada keesokan harinya, para ahli meneruskan usaha pengubahsuaian dewan dengan menggunakan cat berwarna serta penyelenggaraan elektrik.Ruang untuk menyimpan beras juga disediakan bagi menggantikan tempat simpanan beras DPMZ di Qaumiah.Selepas ini, seluruh ahli boleh mendapatkan stok beras boleh dari dewan baru.

          DPMZ mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi membantu pengubahsuaian dewan baru.Semoga segala tenaga yang digembleng dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli dan membentuk jiwa "Satu Fikrah Satu Amal ".Insyaallah, DPMZ sebagai sebuah persatuan kebajikan mahasiswa Zagazig yang kini telah berusia 17 tahun akan terus beroperasi demi mendokong kesatuan mahasiswa di sini.

 
 Uban jadian..... bertukar menjadi "orang tua jadian" selepas keluar dari garaj

  
 Ahlan wasahlan..... Pengerusi DPMZ meraikan kedatangan Encik Ramli

  
 Main sabun..... bermain sabun berjemaah dapat mengukuhkan ukhuwwah

 
 Tuan rumah..... "mama" turut bersama-sama membersihkan dewan

 
Barisan..... sedang beratur menunggu giliran untuk membersihkan pintu
 
  
Bersih..... misi berjaya

  
Cari menantu.....calon-calon "menantu mama" bergambar kenangan

0 comments:

Sahabat