04 Jun 2010 Jumaat. telah diadakan perbincangan dua hala antara PMRAM cawangan Zagazig bersama DPD PPMI Indonesia bersama wakil Organisasi Perubatan Zagazig. Perjumpaan yang diadakan ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan serta bentuk kerjasama yang akan dilakukan bersama dalam menanggani permasalahan hisbah dan keselamatan mahasiswa Malaysia yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.
Perjumpaan yang diadakan di pejabat DPMZ di Dewan Dar Salam dimulakan dengan ucapan dan penerangan daripada Pengerusi PMRAM cawangan Zagazig iaitu Ustaz Muhammad Hanif Bin Jamaluddin, beliau telah menerangkan hal berkenaan beberapa kejadian yang membabitkan gangguan arab terhadap mahasiswi dari Malaysia. Kejadian yang berlaku juga turut menimbulkan perasaan takut dan bimbang kepada semua mahasiswi Malaysia di bumi Zagazig.Beliau juga berharap perbincangan yang dilakukan antara dua buah negara ini dapat membantu dan mengurangkan permasalahan yang berlaku.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua DPD PPMI Indonesia Ustaz Ekta Yuda Perdana,beliau menyatakan jutaan terima kasih atas perjumpaan yang diaturkan antara PMRAM cawangan Zagazig dan DPD PPMI Indonesia.Pihak DPD PPMI Indonesia juga menyatakan kekesalan dan kebimbangan daripada pihak beliau sendiri atas kejadian-kejadian yang membabitkan gangguan arab terhadap mahasiswi Malaysia kebelakangan ini,atas dasar semangat ukhuwah dan persaudaraan Islam beliau yng mewakili DPD PPMI Indonesia menawarkan kerjasama dan sedia bertindak bersama-sama PMRAM Cawangan Zagazig dalam membantu membanteras kegiatan yang tidak bersosial ini.Beliau juga turut menyatakan betapa mahasiswa Indonesia juga turut kesal dan kecewa terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku dan berharap kerjasama yang dijalinkan antara dua persatuan induk Malaysia dan Indonesia di Zagazig ini dapat membuahkan hasil dan mencapai kesepakatan dalam meyelesaikan masalah yang berlaku ini.
Sejurus selepas itu ucapan diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Irham Hassan Cahyadi selaku Ketua Dewan Pengurus PPMI,beliau yang berperanan menjaga keamanan dan keselamatan untuk mahasiswa Indonesia banyak menyentuh tentang punca-punca golongan arab ini bertindak secara luar biasa sejak akhir-akhir ini keatas mahasiswi Malaysia.Antara yang disentuh oleh beliau adalah sikap mahasiswi Malaysia yang tidak mengambil tindakan secepatnya apabila diganggu oleh arab,beliau juga memberi beberapa langkah-langkah keselamatan seperti menjerit dan menelefon sahabat-sahabat atau pimpinan mahasiswa untuk mendapatkan bantuan jika menghadapai situasi tersebut.Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang dijalinkan antara dua buah negara ini kerana hasil yng termeterai melalui perbincangan ini dapat dilakukan melalui beberapa tindakan yang akan dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini seperti bekerjasama dalam membuat laporan terhadap pihak keselamatan Mesir bagi menunjukkan betapa persatuan mahasiswa di Zagazig ini sangat mengambil serius terhadap keselamatan mahasiswa Malaysia dan Indonesia yang berada di bumi Zagazig ini.
Setelah wakil daripada kedua-dua persatauan selesai memberikan ucapan majlis diteruskan dengan perbincangan dan beberepa tindakan yang akan dilakukan antara kedua-dua persatuan ini selepas perjumpaan ini.Pihak DPD PPMI Indonesia juga berjanji untuk bersama-sama dengan PMRAM Cawangan Zagazig dalam setiap isu keselamatan yang berkaitan dengan mahasiswa.Antara cadangan yang diutarakan dalam perbincangan ini ialah sesi penerangan keselamatan untuk semua mahasiswa Indonesia dan Malaysia daripada pimpinan kedua-dua mahasiswa Malaysia dan Indonesia dalam menanam kefahaman dan kesedaran berkaitan dengan soal keselamatan dalam keberadaan di bumi Mesir ini. Turut dibincangkan dalam perjumpaan ini juga selain daripada keselamatan ialah tentang isu penempatan dan harga perumahan yang telah disepakati dalam perjumpaan yang disepakati pada tahun lepas.Pihak DPD PPMI Indonesia juga menyatakan kesanggupan dalam membantu PMRAM Cawangan Zagazig dalam mencari rumah dan penempatan untuk mahasiswa Malaysia.
Akhir perbincangan pihak PMRAM Cawangan Zagazig mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak DPD PPMI Indonesia dalam menghadiri perjumpaan ini.Moga kerjasama yang dijalinkan antara kedua buah negara ini akan terus terjalin dalam memelihara ukhuwah dan tali persaudaraan Islam antara kedua buah negara.
0 comments:
Post a Comment