Saturday, November 6, 2010

Ijtima' Thaqafi 1431 membentuk fikrah islami

Posted by UPP DPMZ On 9:17 PM No comments


ZAGAZIG, 21 Oktober 2010 – Ijitma’ Thaqafi 1431 yang telah berlangsung selama 4 hari bermula 28 Oktober yang lalu telah berakhir dengan jayanya. Program yang diadakan di Dewan Darul Wehdah tersebut telah menerima penyertaan lebih 120 orang mahasiswa baru mahupun lama.
                Program tersebut bermula pada pukul 6.00 petang dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Penasihat 1 DPMZ, Saudara Rosdi Bin Latif.
Dengan bertemakan “Insan Cemerlang Ummah Gemilang”, program pada tahun ini membawa sedikit kelainan berbanding tahun sebelumnya dengan lebih menumpukan kepada pengisian-pengisian yang memberi kefahaman dan membentuk fikrah islamiyyah kepada para peserta.
Antara pengisian-pengisian yang telah dihidangkan bagi menanam fikrah islamiyyah yang sebenar kepada para peserta ialah Kefahaman Sunnah dan Bid’ah, Kefahaman Fiqh Khamsah dan Fiqh Dakwah. Dalam setiap pengisian para peserta diberi penjelasan terhadap kekeliruan dan keutamaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang mahsiswa Islam.
Turut diselitkan di dalam Ijtima’ Thaqafi pada kali ini adalah slot Ramah Mesra Bersama Badan Pengurus (BP) dan HEWI PMRAM pada hari terakhir program. Dalam slot ini para peserta berpeluang bertanyakan sebarang masalah dan meminta penjelasan serta respon daripada pihak PMRAM mengenai sebarang masalah, kesamaran serta isu-isu yang berkaitan mahasiswa Malaysia di Mesir.
            Di dalam ucapan penutupan yang disampaikan oleh Saudara Shahrizan Bin Mohd Hazime selaku Presiden PMRAM 2010 pada akhir program, beliau menegaskan betapa peri pentingnya integriti dan sensitiviti kepada setiap individu yang bergelar mahasiswa Islam terhadap hak-hak selaku mahasiswa dan isu-isu semasa yang berlegar di sekeliling kita. Beliau juga berharap kesatuan mahasiswa Islam dapat diperkukuhkan dalam memastikan Islam dapat dilaksanakan secara syumul.


 

0 comments:

Sahabat