Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan : Perjuangan Mereka Teladan Kita

Posted by UPP DPMZ On 2:02 AM No comments




perjuangan mereka teladan kita.jpgSejarah sama sekali tidak akan luput dan pudar ditelan zaman,meskipun dunia semakin hari terus meniti arus kemodenan dengan melalui perubahan. Kerana itulah sejarah dapat meneladani generasi hari ini dalam memacu pembangunan dalam membentuk sebuah tamadun yang lebih cemerlang.

Oleh kerana hal sedemikian , Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir juga akan terpahat sejarahnya tersendiri.Tiada siapa menyangka pengorbanan mereka terdahulu bisa membuka paradigma generasi mahasiswa kini untuk memikirkan akan nilai sebuah pengorbanan dalam mempertahankan kesatuan.

Pada bulan Oktober 1956 adalah saat yang begitu kritikal bagi kawasan Timur Tengah terutamanya Mesir apabila mendapat ancaman daripada musuh tiga serangkai iaitu Inggeris,Perancis dan Israel. Keadaan tersebut menyebabkan rakyat Mesir sendiri bangkit untuk mempertahankan bumi mereka daripada terus diceroboh.

PMRAM pada ketika itu yang dikenali dengan PMM juga tidak ketinggalan menzahirkan simpati diatas apa yang telah melanda Mesir. Sebagai bukti keprihatinan PMM ,seramai 65 mahasiswa Melayu telah mendaftarkan diri secara sukarela untuk bersama-sama tentera Mesir menentang pencerobohan yang berlaku.

Bukan itu sahaja,mereka yang tidak berkesempatan untuk memasuki tentera pula telah mendermakan darah begitu juga mahasiswi berperanan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat memberikan sumbangan tenaga dalam membantu menjahit pakaian untuk mangsa-mangsa perang.

Ini telah membuktikan bahawa kredibiliti mahasiswa bukan satu perkara yang baru bahkan ianya telah dimulakan semenjak dahulu lagi. Keprihatinan PMRAM dalam memahami ahlinya agar tidak lokek memberi sudah menjadi prinsip pegangan sekian lama. Tidak hairanlah sehingga kini PMRAM terus bertahan dan utuh dimata mahasiswa kerana pengorbanan mereka terdahulu terus diteladani hingga generasi kini.

Setelah berakhir peperangan tersebut ,pihak PMM telah menerima dua telegram khas dari Jamal Abdul Nasser mengucapkan terima kasih atas penglibatan mahasiswa Melayu untuk mempertahankan Mesir ketika dilanda saat yang begitu menggetirkan. Ketika Jamal Abdul Nasser menjadi Presiden Mesir, PMM telah menghantar dua wakilnya untuk mengucapkan tahniah dan menghadiahkan sebuah persalinan pakaian kebangsaan dan sebilah keris sebagai simbolik perjuangan bangsa Melayu.

Sejarah ini akan terus diabadikan oleh setiap ahli PMRAM kerana tanpa pengorbanan orang terdahulu daripada kita tidak mungkin hari ini kita dapat mengenali PMRAM. Umur PMRAM yang kini menjangkau 80 tahun adalah bukti kematangan dan kewajaran penubuhannya bukanlah satu perkara khayalan dan hanya omongan kosong yang meniti dibibir namun sebaliknya terus teguh berdiri dan sentiasa meneruskan langkah bagi merealisasikan perjuangan generasi terdahulu.

Pada tanggal 5 Disember 1956 undang-undang tubuh PMM yang terus dipakai hingga sekarang telah digubal dan disahkan.Di antara matlamat yang termaktub dalam undang-undang tersebut selain menumpukan perhatian skop perkhidmatan masysrakat dan pengetahuan adalah bertujuan :

1. Menyatukan suara anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir.

2. Memantau dan menguruskan urusan anak-anak Melayu di Republik Arab Mesir khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.
3. Mempertingkatkan peratus pembelajaran ,sukan dan sosial dengan mengadakan kerjasama dua hala dengan mana-mana pertubuhan yang berdaftar dibawah Kerajaan Mesir bagi dalam merealisasikan sasaran matlamat yang ingin dicapai dalam tiga bidang tersebut.
4. Menguruskan bantuan bagi anak-anak Melayu bagi yang layak untuk menerima bantuan dikalangan ahli persekutuan.

Kebajikan yang manjadi agenda terpenting dalam perjalanan PMRAM bukanlah satu perkara yang hanya dimomokkan dengan omongan kosong tetapi ianya merupakan satu matlamat utama PMRAM dalam menjaga kebajikan ahlinya tanpa mengira latar belakang dan sokongannya terhadap PMRAM.

Namun begitu, sehingga hari ini  PMRAM terus dikecam dan ditohmah dengan pelbagai andaian dalam versi yang berlainan. Siapakah yang mampu bangkit untuk mempertahankan PMRAM? Jika generasi terdahulu sanggup berkongsi susah dan senang dalam memastikan kelangsungan survival PMRAM tidak terhenti bahkan diwarisi oleh generasi ke generasi.

Apakah hari ini kita hanya mampu untuk berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati setia tanpa bertindak apa-apa. Fikirkanlah untuk apa PMRAM lakukan segalanya sedangkan tiada balasan apa-apa yang diharapkan.


Urusetia Penerangan Umum (UPU)
Badan Penerangan & Penerbitan dan
Unit Penerangan & Penerbitan HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010

0 comments:

Sahabat