Saturday, November 20, 2010

SHAHADAH ‘10 Melabuhkan Tirai…

Posted by UPP DPMZ On 10:58 PM No comments



ZAGAZIG, 18 November 2010 - Selepas tiga hari berlangsung bermula malam 15 November, Sambutan Hari Raya Aidil Adha (SHAHADAH) akhirnya melabuhkan tirai dengan jayanya.
                Bermula dengan majlis berbuka puasa, solat sunat tasbih, takbir raya serta Perutusan Hari Raya Aidil Adha Presiden PMRAM 2010 pada malam 15 November yang diadakan di Dewan Darul Wehdah, program bertujuan bagi menyuburkan semangat pengorbanan sebagai mahasiswa Islam di kalangan ahli bertepatan dengan tema yang dibawakan pada kali ini, ”Aidil Adha Semarak Perjuangan Anbiya’ ”
di samping memperkukuh lagi ukhwah sesama mahasiswa Malaysia yang berada di bumi Zagazig.
                Pada keesokan paginya seluruh ahli menuju ke Stadium Syarqiyyah Zagazig bagi sama-sama menunaikan solat sunat Aidil Adha. Selepas solat, sempat para ahli yang hadir beramah mesra sesama mereka dan tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sesi fotografi.
                Program diteruskan lagi pada 17 November dengan acara korban dan gotong-royong. Pada tahun ini mahasiswa Malaysia berjaya menumbangkan 4 ekor unta dan 2 ekor kambing, yang merupakan angka haiwan korban ynag terbanyak dalam sejarah DPMZ.
Kerjasama daripada ahli dalam memastikan kelancaran acara tersebut amat membanggakan sehingga segala kerja dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.  Setelah penat bergotong-royong melapah, para ahli dihidangkan dengan jamuan sup tulang pada sebelah malam.
                Majlis dewan pula telah berlangsung pada 18 November di Dewan Dar Munasabat. Bermula dengan majlis perasmian oleh Saudara Rosdi Latif, Penasihat 1 DPMZ, seterusnya para hadirin telah dihidangkan dengan  pengisian yang mendidik jiwa dalam slot ‘Lau Kana Bainana Al-Habib’.
Turut hadir dalam majlis tersebut, beberapa orang BP PMRAM dan HEWI PMRAM serta pengerusi DPD-PPMI Zagazig, Saudara Saif Ramadhan Hasan Basri bersama beberapa orang wakil AKJT DPD-PPMI. Selesai slot tersebut, majlis diserikan lagi dengan persembahan-persembahan yang menghiburkan seperti lakonan, Spontan serta nasyid dari kumpulan Insaff.
Di penghujung program pula telah diadakan majlis penyampaian anugerah tokoh Tadhiyah bagi tahun ini yang disandang oleh Saudara Nik Saifullah Nik Mahmud dan Saudari Nurul Najuwa Sazali. Pihak DPMZ mengucapkan jutaan penghargaan kepada kedua-dua tokoh di atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga program ini dapat menanam semangat rela berkorban dalam setiap ahli seterusnya memperkukuh ikatan ukhuwah yang terjalin sesama mahasiswa Malaysia.


Malam raya...








Solat sunat Aidil Adha di Stadium Syarqiyyah...








Aktiviti korban dan melapah...








Majlis di Dewan Dar Munasabat...





0 comments:

Sahabat